Categories: Uncategorized

“Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan Skirt Dan…,” – Individu Ini Tegur Fasal Aurat, Ini Respon Sharifah Sakinah

Share

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah telah menerima kritikan daripada warganet gara-gara berkongsi sekeping foto sambil mengayakan fesyen berkemban, beberapa hari lalu.

Lalu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu ada mendedahkan perbualan ‘direct message’ bersama seorang individu menerusi salah satu postingnya di Instagram.

Menerusi entri berkenaan, kelihatan individu itu telah memberikan nasihat mengenai aurat kepada Sakinah.

“Salam, just nk tegur tutup lah aurat , kalau ya tk bokeh pakai tudung at least jgn pakai mcm telanjang,” tulis individu berkenaan.

Lalu, pelakon berusia 30 tahun itu membalas teguran serta nasihat daripada individu tersebut.

“Dah berubah sikit sikit. Asalnya telanjang ni dah tutup sikit dengan skirt and singlet ada progress kan,” balas Sakinah.

Menjengah di ruangan komen entri tersebut, netizen ada memberikan luahan terhadap reaksi ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Rata-rata netizen merasakan Sakinah tidak sepatutnya menjawab dengan jawapan sedemikian.

Foto : Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN