Ads

“Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan Skirt Dan…,” – Individu Ini Tegur Fasal Aurat, Ini Respon Sharifah Sakinah

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah telah menerima kritikan daripada warganet gara-gara berkongsi sekeping foto sambil mengayakan fesyen berkemban, beberapa hari lalu.

Lalu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu ada mendedahkan perbualan ‘direct message’ bersama seorang individu menerusi salah satu postingnya di Instagram.

Menerusi entri berkenaan, kelihatan individu itu telah memberikan nasihat mengenai aurat kepada Sakinah.

“Salam, just nk tegur tutup lah aurat , kalau ya tk bokeh pakai tudung at least jgn pakai mcm telanjang,” tulis individu berkenaan.

Ads

Lalu, pelakon berusia 30 tahun itu membalas teguran serta nasihat daripada individu tersebut.

“Dah berubah sikit sikit. Asalnya telanjang ni dah tutup sikit dengan skirt and singlet ada progress kan,” balas Sakinah.

Ads

View this post on Instagram

#keeponpraying 🧕 🤲

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Menjengah di ruangan komen entri tersebut, netizen ada memberikan luahan terhadap reaksi ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Ads

Rata-rata netizen merasakan Sakinah tidak sepatutnya menjawab dengan jawapan sedemikian.

“Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan Skirt Dan…,” – Individu Ini Tegur Fasal Aurat, Ini Respon Sharifah Sakinah “Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan Skirt Dan…,” – Individu Ini Tegur Fasal Aurat, Ini Respon Sharifah Sakinah

Foto : Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.