Uncategorized

Artis Hollywood Dengan Bendera Malaysia

Share

Nampaknya kehadiran pelakon utama Fault In Our Star, Ansel Elgort ke Malaysia menjadi perbualan hangat oleh para netizen.

Apa yang menarik, pelakon Hollywood ini membaluti tubuhnya dengan bendera Malaysia di sebuah kuil yang terletak di Batu Caves.

Tindakan pelakon ini membuatkan ramai netizen teruja melihat Ansel dengan bangganya memberitahu pengikutnya yang kini dia berada di Malaysia sehinggakan gambar yang dikongsikan di Twitter itu mendapat jumlah retweet sebanyak 17K dalam masa 24 jam.

Malah, ada juga pendapat tindakannya itu membuatkan ramai rakyat Malaysia mengagumi yang tidak kekok memegang erat bendera Malaysia.

Tidak melepaskan peluang, ramai yang mengalu-alukan kedatangan pelakon yang popular dengan watak Augustus Waters ini.

Ansel kini berada di Malaysia untuk sesi sidang media bersama media bagi filem terbarunya Baby Driver yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

IKLAN