Semalam, dunia dikejutkan dengan kematian rapper, Mac Miller, 26 tahun yang ditemui mati di rmahnya dipercayai kerana ‘overdose’.

Kematiannya disahkan oleh keluarga rapper itu menerusi satu kenyataan media.

“Malcom McCormick, turut dikenali dan disayangi oleh para peminat sebagai Mac Miller meninggal dunia di usia 26 tahun.

 

“Dia merupakan permata berharga buat ahli keluarga, famili, kawan-kawan dan peminat. Terima kasih di atas doa anda semua.

 

“Kami memohon privasi untuk masa kini. Buat masa ini, kami tidak mahu menjelaskan tentang punca kematiannya,” tulis kenyataan tersebut.

Susulan itu, ramai rakan artis seperti Snoop Dog, Post Malone dan Ed Sheeran memuat naik entri ‘tribute’ terhadap mendiang.

IKLAN

Bagaimanapun, bekas kekasih Mac iaitu Ariana Grande tidak memuat naik apa-apa komen mengenai kematian rapper itu malah penyanyi lagu No Tears Left To Cry itu turut menutup ruangan komen di laman Instagramnya setelah ada peminat menyalahkan penyanyi itu kerana berpisah dengan Mac.

Ariana Grande Terpaksa Tutup Komen IG Kerana Dipersalahkan Atas Kematian Mac Miller?

IKLAN

Mac dan Ariana bercinta selama dua tahun sebelum berpisah pada Mei lalu, Ariana kemudiannya mengumumkan bertunang dengan Pete Davidson tidak lama kemudian.

IKLAN

Namun begitu, Ariana kini membuka semula ruangan komen Instagramnya tidak lama kemudian.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI