Di zaman moden ini, setiap maklumat boleh disebarkan ke media sosial hanya di hujung jari sahaja.

Ada juga yang menyalah gunakan gajet canggih mereka dengan menyebarkan perkara-perkara tidak berfaedah seperti fitnah, cetak rompak digital dan macam-macam lagi.

Malah ada juga segelintir masyarakat yang memuat naik sedutan filem yang ditonton di pawagam ke media sosial. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat menghancurkan industri perfileman negara kita.

Terbaru filem adiwira antarabangsa, Avengers: Infinity War sudah pun ditayangkan di pawagam beberapa hari lalu dan tidak dapat dinafikan ramai peminat filem ini berpusu-pusu ke pawagam untuk menononton.

Namun begitu, MH dapati pihak pawagam, GSC Cinemas telah memuat naik beberapa posting menerusi Insta Story mereka dengan meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa dengan peraturan ketika di dalam pawagam.

IKLAN

Ara Johari Antara Individu Yang Rekod & Muat Naik Filem Avengers Di Sosial Media, Ini Penjelasannya….

Ara Johari Antara Individu Yang Rekod & Muat Naik Filem Avengers Di Sosial Media, Ini Penjelasannya….

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi popular, Ara Johari juga merupakan salah seorang yang memuat naik sedutan filem Avengers yang terbaru ini di Insta Storynya tetapi sudah di padam selepas beberapa jam dimuat naik.

Mungkin menyedari apa yang dilakukannya itu salah di sisi undang-undang dan ramai yang mengecam perbuatannya itu, Ara telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Insta Storynya atas kesalahan yang dilakukan.

IKLAN

Menurut penyanyi lagu Bunga ini, di mohon maaf atas kesilapannya dan tidak berniat untuk melibatkan mana-mana pihak dalam hal ini.

MH harap perkara yang terjadi ini dapat dijadikan pengajaran buat Ara dan semua orang di luar sana. Tindakan undang-undang boleh diambil jika korang didapat melanggar peraturan yang telah ditetapkan ketika di pawagam.

Sumber: Instagram Ara Johari & Instagram GSC Cinema

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI