Kecoh baru-baru ini apabila pelakon cilik, Puteri Balqis dikatakan menghidap kanser setelah memuat naik satu foto di Instagramnya.

Dipercayai, pelakon cilik itu sebelum ini ada menghidapi penyakit jantung namun menimbulkan pertanyaan apabila berkongsi foto menjalani rawatan bersama tanda pagar, ‘fight cancer’.

Susulan itu, pelakon yang pernah melakon watak bapa Balqis dalam drama Hidupku, Solatku, Matiku, Sharnaaz Ahmad memuat naik entri memberikan kata-kata semangat buatnya.

IKLAN

“Aqish papa tau awak kuat.. and semoga kuat dan terus lawan penyakit awak itu, dan awaklah pelakon kanak kanak terbaik papa pernah berlakon.

“Kami semua memerlukan awak.. papa tau awak yang terbaik industri kita pernah ada @rockingbalqis,” tulisnya.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan kesihatan pelakon itu.

IKLAN

“Aqish Papa Tahu Awak Kuat”- Dikata Hidap Kanser, Ini Kata Semangat Sharnaaz Ahmad Buat Puteri Balqis

IKLAN

MH sendiri mendoakan agar kesihatan Balqis beransur pulih. Get well soon!

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI