Berkongsi rakaman video usahawan Sajat dan pembantunya, Mok Kay mengenakan telekung dan baru usai mengerjakan solat di Raudhah, jelas penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi ketika di Raudhah, golongan lelaki boleh keluar masuk pada bila-bila masa namun ada laluan khas untuk jemaah lelaki.
Sebaliknya untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu sahaja dibenarkan iaitu selepas Subuh, Zuhur dan Isyak.
“Untungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk,” jelasnya.
“Kami dah bawa haluan masing-masing”. Demikian jawapan ringkas isteri (Pencetus Ummah) PU Abu, Hana Azraa menerusi Insta Storiesnya apabila ada yang bertanya menerusi ‘Ask Me A Questions’ di Instagram.
Menerusi laporan Harian Metro, Hana akui bahawa kemelut rumah tangga bersama Abu agak goyah.
“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.
“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya seperti dipetik.
Malah, Hana atau nama penuhnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, akui sudah lali dengan sikap Abu.
“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.
“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya tegas.
Sementara itu, menerusi Insta Stories wanita berkenaan, dia turut berkongsi bahawa ketika melahirkan anak pada 1 Februari lalu, Abu tidak ada disisinya.
“Fokus nak bersalin sahaja. Selawat dan zikir banyak-banyak. Insyaallah dan Alhamdulillah Allah permudahkan,” balasnya apabila netizen bertanyakan soalan.
Malah, Hana kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan fokus pada perniagaannya sahaja.
“Forgive, forget, forward.
“Lepas ni Hana akan lebih fokus pada busniess skincare Hana semula. Nak lebarkan lagi empire yang dah terbiar hampir setahun.
“Apa pun pang paling utama Hana nak fokus & bangkit semula demi kehdiupan kedua-dua orang anak. Insyallah,” tulisnya.
Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar, 8 bulan.
Foto/Sumber : Instagram Hana Azraa, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekeping foto bahagian tangan yang diambil dari katil wad oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen.
Masakan tidak, figura popular itu baru sahaja membuat kemunculan khas di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad sebagai menyokong Bob Yusof yang menyanyikan lagu nyanyian asalnya, Anta Permana di pentas berprestij itu.
Katanya, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di salah sebuah pusat perubatan.
“Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pembedahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulisnya.
Bagaimanapun memetik Berita Harian, Siti sebenarnya menjalani pembedahan tersebut sebagai persediaan untuk hamil lagi.
Bintang berusia 41 tahun itu seperti yang dilapor menjelaskan, prosedur itu perlu dilakukan kerana dirinya akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Kaedah berkenaan turut dilakukannya untuk kandungan pertama.
“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam perkembangan lain, persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya mencipta sukses apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akur akan takdir, meski telah memberikan persembahan terbaik setiap minggu dan mendapat pujian juri, namun Raja Syahiran sering ‘tewas’ pada undian online.
Tidak menafikan kemunculannya sebagai peserta terakhir menyebabkan penonton tidak dapat menilai mutu tarian dan undian terus ditutup sejurus tamatpersembahan, namun dia tetap reda.
“Undian bukan hanya daripada peminat namun terbuka kepada semua yang menonton Dansa Dan Sing.
“Kami tidak suka mendesak mereka untuk mengundi, jika kami berhak, mereka tetap akan undi. Kami tidak boleh paksa mereka sukakan persembahan kami.
“Mungkin faktor kami selalu membuat persembahan terakhir dan undian terus ditutup sejurus selesai persembahan menyebabkan markah undian online kurang memberansangkan.
“Namun kami tidak menyalahkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi pihak produksi, mengikut pemahaman, persembahan kami memerlukan persiapan dan set up yang besar, jadi lebih senang jika menjadi peserta terakhir.
“Kami berpuas hati dan mereka ada sebab mengapa letakkan kami sebagai peserta terakhir,” jelasnya kepada MH.
Rancangan Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza.
Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.
Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Trademark, pelakon dan penyanyi Mark Adam diundang selaku juri jemputan.
Program realiti tarian ini ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.