Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil menjawab susulan sekeping foto tular gambar fotonya yang disarungkan cincin sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada dia kini bergelar tunangan orang atau sebaliknya.
Meski foto berkenaan diambil dari sudut sisi, namun ia jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu.
“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.
“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya, lapor Harian Metro.
Ads
Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.
Ads
Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama menerima perhatian dan spekulasi netizen
Ads
Bagaimanapun Menerusi perkongsian tersebut, dia memohon agar netizen berhenti membuat telahan susulan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.
Selain Shuib, Zara juga pernah dikaitian dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Diana Danielle yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya, aktor Farid Kamil yang turut disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak-anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbaharu Imaginur yang ditayangkan 23 Februari depan, arahan Nik Amir.
“Saya berharap Imaginur berjaya menambat hati penonton, sebab saya tahu ini naskhah yang baik. Saya suka dengan skripnya namun saya tidak boleh nak kongsikan lanjut. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ‘plot-twsitnya’ memang mengujakan.
“Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda yang ‘berputar’ di luar kawalan dan cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.
“Ketika dia cuba mengenal pasti siapa wanita misteri terbabit, jejaka ini mula jatuh cinta dan belajar mengenali dirinya. Kena tonton untuk ketahui apa kesudahannya,” katanya.
Naskhah yang diterbitkan oleh oleh Lumatic Films ini turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat lain antaranya Beto Kusyairy, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali ada berkongsikan video TikTok ‘house tour’ menunjukkan kediaman baharu yang dibelinya menggunakan hasil penat lelahnya sepanjang bergelar anak seni.
Menerusi video tersebut, Nabila, 31, membawa peminat menjelajah ruang dalaman seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur serta bilik air.
Serba putih, kediaman banglo dua tingkat diberikan sentuhan ‘renovation’ mengikuti citarasa penyanyi lagu Pematah Hati itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan keterujaan mereka dengan rumah Nabila yang dihias serba cantik dan kemas.
“Ya Allah, cantik gila rumah dia.
“Tahniah Nabila, dah ada rumah sendiri.
“Dia punya toilet boleh main lari-lari dalam tu.
“Cantiknya rumah Nabila, untunglah siapa dapat Nabila nanti.
“Cantik sangat bathroom dan belah atas ada ruang chandelier dengan dining area tu.
“Sumpah cantik gila rumah Nabila, idaman setiap wanita,” komen beberapa netizen.
Sambil membawa penonton ‘meneroka’ mahligainya itu, Nabila turut menjawab beberapa soalan spontan yang ditanyakan kepadanya termasuk beberapa fakta mengenai dirinya yang mungkin tidak diketahui peminat.
“Pertama saya ni pemalu orangnya… kedua, saya jarang marah dan memang tak pandai marah orang.
“Yang ketiga, saya seorang penakut level dewa dan saya pandai jahit baju kurung, siapa nak baju raya, boleh tempah (dengan saya),” kata Nabila berseloroh.
Nabila memulakan perjalanan dalam bidang seni dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi membantu institusi kebajikan dan golongan asnaf yang memerlukan, Pertubuhan Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara (MKWN) akan menganjurkan Pesta Citarasa Sambal di Jakarta, Indonesia pada 17, 18, dan 19 Ogos depan.
MKWN bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) serta Persatuan Seni Warisan Digital Malaysia (SWA TV) bagi tujuan tersebut yang turut melibatkan selebriti seperti Ayu Damit.
Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata selain pesta sambal, pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk sesi High Tea bersama usahawan-usahawan tempatan dan luar negara bagi tujuan kebajikan.
“MKWN juga sedang merancang untuk mengadakan program ‘High Tea’ untuk usahawan-usahawan Indonesia di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun ini dan program ‘Minum Petang’ untuk usahawan-usahawan Bangladesh di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun hadapan.
“MKWN sedang merangka beberapa program yang di rasakan dapat menyemarakkan semangat silatulrahim dan peluang perniagaan berdaya maju nusantara yang berbentuk penerokaan peluang-peluang pemasaran produk ahli-ahli rangkaian ‘Strategik Partner’ seperti pameran hasil usaha produk-pruduk pertanian dan karangkraf yang dirancangkan mahu dianjurkan di Malaysia dan Indonesia sekitar suku ketiga tahun hadapan dan di Indonesia pada hujung tahun 2025 dengan penyertaan pempamer dari Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan,” katanya.
Dalam pada itu, pada 18 Mac ini, MKWN dan PGDM akan mengadakan acara PGDM Annual Digital Award 2022 berbentuk penganugerahan tahunan kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara yang sedang membina profil mereka dalam bidang perniagaan.
“Anugerah pengiktirafan juga akan diberi kepada badan-badan kerajaan tempatan dan badan-badan penyiaran yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...