HomeBerita“Apabila Pelbagai Cerita Sensasi Mengenai Fara Mendoza Timbul, Nama Saya Dikaitkan,” –...
“Apabila Pelbagai Cerita Sensasi Mengenai Fara Mendoza Timbul, Nama Saya Dikaitkan,” – Ramlah Ram Jelaskan Kekeliruan, Bukan Ibu Saudara Bintang Media Sosial
Penyanyi senior, Ramlah Ram meminta ramai agar tidak terus mengaitkan namanya sebagai ibu saudara kepada pelakon dan bintang media sosial, Fara Mendoza.
Bintang berusia 55 tahun seperti yang dipetik menerusi Harian Metro menjelaskan, mereka memang tidak ada hubungan kekeluargaan. Malah, tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh timbul.
“Fara Mendoza bukan anak saudara saya. Kami tidak ada pertalian darah langsung dan dia memang bukan siapa-siapa dengan saya.
Saya hanya kenal dia sebagai pelakon kerana kami pernah berjumpa dua kali dalam majlis hiburan,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu ini turut akui dia perlu memberikan penjelasan demi menjaga nama baiknya dan keluarga di kampung.
“Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli.
Ads
“Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul, maka nama saya dikaitkan. Banyak mesej langsung (DM) melalui Instagram dihantar orang ramai kepada saya meminta supaya tolong menasihati anak saudara sendiri,” terangnya lagi.
Ramlah pada masa sama turut akui, situasi yang berlaku membuatkan dirinya keliru kerana terheret dalam urusan yang tidak ada kena-mengena dengannya secara tak langsung.
“Dia bukan anak saudara saya, jadi macam mana nak nasihatkannya. Justeru, saya minta janganlah terus mengaitkan kami.
Ads
“Bukan saya seorang saja terkena tempias membabitkan perihal Fara Mendoza ini tetapi keluarga di kampung iaitu adik-beradik dan anak saudara turut terpalit sama.
“Paling tak disangka, dalam Wikipedia Fara Mendoza pun dicatatkan nama saya sebagai ibu saudara, sedangkan realitinya itu tidak benar,” dedah Ramlah.
Lalu, bintang senior ini turut berharap dengan penjelasan ini, tidak ada lagi mana-mana pihak terutama penulis blog mengaitkan namanya dan pelakon wanita terbabit.
Ads
“Malah, kepada pihak yang membuat Wikipedia Fara Mendoza itu, diminta tolong padamkan nama saya sebagai ibu saudara kerana kami bukan ahli keluarga.
“Saya harap dengan penjelasan ini, nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan kerana kami memang tidak ada kena-mengena dengan Fara Mendoza,” pintanya yang turut menambah pada usianya kini, dia mahu menjalani kehidupan harian dengan tenang tanpa perlu memikirkan masalah orang lain.
Malah ujarnya lagi, penjelasan tersebut dibuat bukan kerana menilai keperibadian Fara Mendoza tetapi sudah tiba untuk dia tampil bersuara menjelaskan kekeliruan.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ramlah Ram, Fara Mendoza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada Lan Solo, Nur Shiela Hassim ada berkongsi status menerusi Instagram.
Kongsi ibu kepada empat cahaya mata ini menyatakan ujian yang diberikan Yang Maha Esa menandakan dia disayangi sebagai hambaNya.
“Bertubi2 Allah uji kami awal tahun ni. Yg dekat dan rapat pon merasai ujian kami.
”Allah uji tanda Allah sayang. Terus positif dan positif utk terus menggalas tggjwb yg diamanahkan,” tulisnya.
Sheila pada masa sama turut menjelaskan, ujian yang diterima boleh dijadikan pengalaman.
”Ujian kali ni Allah bg pengalaman dan pengajaran utk lebih mengenali sekeliling kita. Teguran utk kebaikan, but its okay.
”Ujian utk pengalaman dan lebih berserah,” jelas Sheila lagi sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar seperti #SayaRinduNakNgadapKaabah
#NakLuahMacamMacam
#DoakanRezekiSayaTibaTibaDapatKeTanahSuci.
Status berkenaan turut dikongsikan di Facebook miliknya.
Dalam perkembangan lain, suaminya baru sahaja membuka membuka kedai runcit dengan menjual barangan dari Sabah dan Sarawak di Puchong Prima.
Ia yang mula beroperasi lebih beberapa lalu itu dibuka kerana dirinya sering menerima pesanan mendapatkan makanan popular dua negeri berkenaan.
Foto: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Berita Harian, pelakon Izara Aishah mengesahkan dirinya kini sedang hamil enam bulan.
Jelasnya lagi, 2020 merupakan impian dia dan suami, Adib Khalid untuk menimang cahaya mata menjelang 2020.
“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.
“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.
“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.
“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.
“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata seperti yang dipetik.
Pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini mengikat tali perkahwinan dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu entri Instagram yang telah dikemas kini oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi nyata menjentik jiwa ramai.
Kisahnya, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil secara tak sengaja telah didatangi seorang kanak-kanak di sebuah premis makanan di Johor Bharu yang mencari rezeki dengan membantu ibunya menjual tisu demi kelangsungan hidup.
Menerusi rakaman yang boleh ditonton secara penuh menerusi saluran YouTube miliknya itu, ia merakamkan gelagat kanak-kanak berkenaan bersama Pak Nil yang dilihat ingin menjual tisu kepadanya.
Bagaimanapun, Pak Nil dilihat dari riak wajah yang sebak apabila mengetahui kanak-kanak terbabit dirinya sudah kehilangan bapa dan cuba membantu si ibu mencari rezeki.
Sementara itu menerusi satu entri terkini, Pak Nil turut akui rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan selain turut menyambut baik andai ada mana-mana penerbit yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut berlakon atas bakat semula jadinya.
“Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.
“Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular!
“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la.
“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.