Categories: Uncategorized

“Tuntutan Saman Rafiena Dan Syarikatnya Terhadap Mummy Telah Diputuskan GAGAL” – Didie Alias

Share

Pelakon dan pelawak, Didie Alias nyata tidak dapat menahan sebak sejurus keluar daripada mahkamah selepas hakim memutus tuntutan saman Datuk Rafiena ke atas dirinya gagal.

Katanya, dia bersyukur kehadrat Illahi kerana segala kebenaran tentang dirinya telah dapat dibuktikan pada hari ini.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Didie menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“I call it Alhamdulillah. Apa yang rakyat Malaysia selama ini berfikir segalanya telah terbukti.

 

“Saya akan ceritakan kepada anda segalanya yang telah terjadi di mahkamah nanti. Terima kasih kepada mak dan seluruh ahli kluarga yang telah mendoakan saya,” katanya sebak.

Sementara menerusi ruangan kapsyen, pelakon dan pengacara ini turut menulis;

“Syukur Alhamdullillah Ya Allah… Kebenaran Terbukti. Tuntutan saman Rafiena dan Syarikatnya terhadap mummy telah diputuskan GAGAL oleh Mahkamah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Didie diatas perkhabaran yang baik itu.

Tahun lalu, penerbit drama Datuk Rafiena telah menfailkan tiga tuntutan saman terhadap Didie kerana mendakwa pelakon tersebut gagal menjalankan tugas sebagai penerbit eksekutif bagi drama, Syurgaku Tak Sempurna tidak lama dulu.

Video Didie Alias

IKLAN