Berkongsi kisah naluri ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya, Mohamad Eidrees, Anzalna Nasir akui dia telah dimasukkan ke hospital swasta selepas tidak mampu bergerak gara-gara jatuh terlentang.
Jelasnya kepada MH, ketika kejadian, dia sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan Eidrees pula menangis mahukan perhatian pada masa sama.
Mahu tetap menjaga emosi si permata hati, namun lain pula yang terjadi.
“Ketika itu saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan Eidrees menangis. Saya tidak suka membiarkan anak menangis lama-lama dan perlu cepat tenangkan dia.
“Sewaktu mahu berkejar dapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Pada masa itu saya terus bangun, mendukungnya dan sempat memberi makan.
“Namun apabila masuk ke dalam kereta, badan terus tidak dapat bergerak. Suami terus membawa ke hospital dan di sana doktor sahkan otot saya bengkak,” jelasnya.
Ads
Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis akikah Mohamad Eidrees di Hotel Sheraton PJ, pada Ahad.
Hati seorang ibu, ulasnya hari-hari yang dilakui cukup sukar apabila terpaksa berjauhan dengan anak buat sementara waktu.
Bagaimanapun, dirinya bersyukur kerana ahli keluarga lain datang membantu.
“Kebetulan waktu itu keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda, jadi saya meminta ibu bapa datang bawa Eidrees.
Ads
“Boleh dikatakan, setiap hari saya menangis rindukannya waktu itu.
“Kalau ikutkan juga, doktor meminta untuk saya terus dalatkan rawatan dan tinggal di hospital namun saya menolak.
“Saya tidak sanggup lagi, walaupun ketika itu masih sakit. Apa yang penting ialah Eidrees, sakit tolak ke tepi,” katanya yang baru selesai menjalani rawatan fisioterapi.
Dalam perkembangan lain, Anzalna dan Hanif Zaki meraikan majlis akikah anak mereka, Mohamad Eidrees, 9 bulan dalam sebuah acara yang cukup mewah dan eksklusif.
Ads
Pada masa sama, Anzalna dan suami, Hanif Zaki turut meraikan sambutan hari lahir ke-27 Afifah Nasir yang jatuh pada 15 Februari lalu.
Hari terus berganti, pemergian dua insan yang menyinari arena seni yang namanya cukup sinonim di sini telah pergi menghadap Illahi, tidak sampai dalam tempoh tiga bulan.
Selepas pelawak, Abam Bocey menghembuskan nafas pada 10 Februari lalu, kini pelakon Ashraf Sinclair yang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia kembali ke rahmutullah jam 4:51 pagi tadi (Selasa) dipercayai akibat serangan jantung.
Ia sekali gus, mengejutkan ramai pihak atas pemergian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair itu.
Yatt Hamzah misalnya, turut memberikan dedikasi atas pemergian arwah dan turut terkesan dengan pemergian dua permata seni itu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH. Semoga Husnul Khotimah buat mereka (Abam dan Ashraf) dan buat kita juga.
“Meninggal pd usia muda. Apakah jaminan pd kita? Nyata mati itu pasti dan bila2.
“Siapkan bekal kita pulang. Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan Ashraf Sinclair juga meninggal waktu tidur.
“Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur? Tiada.
“Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
“Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
“Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
“Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
“Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
“Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
“Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin,” tulisnya.
“Nak makan kat food court je”,- Itu permintaan anak pelawak, Johan iaitu Ahmad Sodiq Hainana bersempena dengan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Tidak mengharapkan sambutan hari jadi di restoran mewah, kanak-kanak berusia 10 tahun itu sebaliknya memilih lokasi ‘food court’ di Bukit Ampang sambil menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
“Sempena besday Sodiq semlm.. papa surprisekan hadiah dan bwk dia jalan tgk view KL dan keindahan alam.. sambil tazkirah dalam kereta .. bukan utk sodiq je.. tp utk semua..
“Alhamdulillah, dan gambar terakhir adalah lokasi kami sekeluarga menjamu selera .. makan naan cheese dgn tandori .. syukur Alhamdulillah thank you papa.
“Lokasi depan ampang point je.. mmg sedap sgt.. simple tp puas.. sodiq ckp xnk makan kt tmpt mahal.. nak makan kt food court je.. so sume org boleh pilih apa nak makan,” tulisnya.
Sekali gus, si ibu, Ozlynn tersentuh dengan hasrat anaknya itu yang tidak meminta-minta meraikan majlis yang gah, sebaliknya hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
“Aiyokkkkk mama tersentuh hati laaaa.. sb dia ada hati utk fikir utk org lain jugak.. papa dia kemain sebut sume tmpt makan yg sedap.. end up dia ckp food court.. yahhh.. so kami dpt makan roti john, satay.
“Smp sume mata kuyu lepas kekenyangan mcm biasa.. nak dpt gambar yg semenggah mmg susah yek,” kongsi Ozlynn sambil disertakan beberapa keping foto.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.