Pelbagai cabang seni seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampaian radio dan dunia komedi telah diterokai Shiha Zikir.
Lalu, perkara itu secara tidak langsung menyebabkan timbul suara-suara nakal yang mendakwa Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 35, bersikap yang tamak dalam ‘membolot’ semua kerja seni.
Tidak mudah melatah, Shiha berkata dia sekadar ingin mencuba sesuatu bidang yang baharu agar dapat mengembangkan lagi ‘resume’ dalam perjalanan seninya.
“Saya bukanlah tamak atau kaut apa sahaja tawaran yang datang. Tetapi lebih kepada ingin mencuba pelbagai bidang.
“Bagi saya, baik menyanyi, berlakon, mengacara atau jadi penyampai radio sekali pun, semua itu dalam cabang seni.
“Bagaimanapun, kalau saya rasa tidak yakin untuk menjayakan sesuatu tawaran itu, saya akan tolak,” katanya.
Ads
Tambah penyanyi lagu AEWO itu lagi, dia hanya berpegang kepada prinsip untuk melakukan apa sahaja kerja dengan sepenuh jiwa.
“Bagi saya apa yang penting, kalau kita nak buat sesuatu, lakukanlah dengan betul-betul. Itu prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.
Ads
“Apa orang nak kata di belakang saya, itu terpulanglah. Kalau saya nak terasa atau nak ikut apa orang kata, akhirnya saya tidak akan ke mana-mana.
“Saya terbuka menerima apa sahaja komen untuk setiap hasil kerja saya, supaya saya dapat memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, drama terkininya, Ada Apa Dengan Saka kini sedang ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Khamis.
Ads
Selain Shiha, naskhah berkenaan turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Wanns Ahmad, Dynaz Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuk peminatnya susulan penampilannya dalam sebuah majlis, baru-baru ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjelaskan stail hijab yang didakwa menyerupai rahib itu merupakan idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semalam itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 (A Night With Aina Abdul) baru-baru ini.
“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.
Aina pada masa sama bagaimabapun akui akan lebih berhati-hati dalam berfesyen.
“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” tulisnya lagi.
Pada Khamis lalu, penampilan Aina pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik sesetengah netizen apabila ia dikatakan menyerupai biarawati gereja atau rahib.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendedahkan dia sebenarnya sudah lama melupakan episod hitam yang melanda selepas bercerai dengan bekas suami yang juga aktor popular, Norman Hakim.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, dia akui pada awalnya dia berasa sedih untuk melalui fasa tersebut, namun dia bersyukur kerana Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
“Kisah move ini sudah pun 14 tahun berlalu. Untuk kisah saya, sebenarnya saya dah lupakan pun sebab saya dah lama move on daripada kejadian itu. Pada awalnya memang sakit sangat sebab masa itu, saya ada anak-anak yang masih kecil.
“Kesedihan saya pada ketika itu hanya kerana anak-anak tapi saya cepat pulih semula daripada keadaan itu sebab saya rasa Allah sayangkan saya. Jadi, saya bersyukur sangat.
“Hikmah daripada kejadian tersebut adalah Allah beri saya kehidupan baru. Kalau saya tak lalui semua itu, tak mungkin saya akan jadi seperti hari ini,” katanya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu berkata sedemikian ketika menjadi tetamu undangan di program Wanita Hari Ini pada Isnin.
Katanya lagi, hikmah daripada ujian yang dilaluinya itu menjadikan dirinya lebih dekat dengan Sang Pencipta.
“Saya lalui satu ujian yang sangat hebat untuk seorang wanita pada ketika itu. Ada satu ketika saya rasa seperti tak tahu nak ke mana. Saya tak putus berdoa ‘Ya Allah tolong la aku’.
“Ada setengah orang bila ditimpa ujian besar seperti itu, mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara yang tak sepatutnya. Tapi saya pula Allah bukakan jalan baru yang lebih baik.
“Allah beri semangat untuk saya terima kenyataan. Orang dah tak sudi, jadi kita berbalik kepada qada’ dan qadar Allah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Abby turut bersyukur kerana dia dan bekas suami sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anak meskipun selepas berpisah.
“Saya rasa masing-masing ada kesedaran sama ada daripada pihak saya dan juga bekas suami. Untuk kisah kami ini, saya yang mulakan dahulu untuk buka jalan mencari penyelesaian terbaik.
“Sesetengah pasangan bila bercerai, mereka tak bagi berjumpa dengan anak tapi untuk kisah kami ini, itu tidak berlaku. Kami tidak berebut anak-anak. Kita sama-sama jaga sebab saya tahu nanti Allah akan tanya. Tanggungjawab itu kami pikul bersama,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon yang sinonim menerusi drama, Gerak Khas ini turut berharap agar masyarakat dapat berfikiran lebih terbuka mengenai hubungan baik bersama bekas pasangan meskipun selepas berpisah.
“Apapun, saya memang nampak Norman dan Memey memang ditakdirkan untuk bersama. Sebenarnya perasaan suami isteri tu dah tiada lagi. Kami ni memang hanya berkawan. Kalau kami beraya bersama itu, anak-anak pun ada.
“Saya akui memang ada yang kecam. Ada yang kata saya ni masih lagi nak dekat Norman sebab itu masih nak beraya sama-sama. Nampak macam saya pula yang salah sebab nak rebut Norman.
“Saya rasa perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Masyarakat kena lebih terbuka. Saya berbaik ini kerana Allah. Saya nak anak-anak saya membesar dalam keadaan tiada tekanan dan harmoni. Kita boleh pilih yang baik, kenapa nak yang sebaliknya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Norman berkahwin dengan Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi & YouTube TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian terkini pelakon, Mona Allen di laman Instagram miliknya nyata mengundang rasa teruja di hati para peminat.
Menerusi posting tersebut, Mona dilihat menggenggam erat tangan suaminya yang juga merupakan pelakon popular, Pekin Ibrahim manakala tangan kirinya pula memegang perutnya.
Menurut Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, dia menzahirkan rasa syukur dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah syukur. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, Mona difahamkan masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai kehamilannya itu.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram stories, seorang rakan kepada Mona dilihat ada menitipkan doa semoga Mona akan bersalin dengan selamat.
“Semoga segala urusan melahirkan nanti akan dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu baby keluar,” tulisnya di Instagram stories.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mona dan Pekin.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.