Jika semalam MH ada siarkan kenyataan seorang pengarah mengenai Datuk Farid Kamil kepada sebuah akhbar tempatan.

Hari ini, adik kepada pelakon Fadzil Zahari telah tampil kehadapan memperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Menurutnya melalui sebuah portal hiburan, pistol yang dibawa sebenarnya hanyalah pistol mainan yang dijadikan sebagai props untuk pengambaran.

Malah, Fadzil turut mempersoalkan apakah motif sebenar pengarah tersebut memberi kenyataan yang mengelirukan seperti itu.

IKLAN

“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai?

 

“Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang? Itu sahaja yang boleh saya komen setakat ini,” jawabnya kepada Astro Gempak

Malah, Fadzil turut mempersoalkan mengapa pengarah terbabit secara tiba-tiba bercerita tentang pistol yang dibawa oleh Farid dan tindakan abangnya yang secara tiba-tiba menengking salah seorang krew pengambaran tersebut.

‘Apa Motif Suhaimi Beri Kenyataan Yang Mengelirukan? Pistol Itu Pistol Mainan’ Fadzil Zahari Bersuara

IKLAN

Sebagai seorang adik, siapa yang suka mendengar cerita buruk tentang ahli keluarganya bukan?

Mungkin bagi Fadzil sekarang bukanlah masa paling sesuai untuk semua orang ‘membuka cerita’ satu per satu tentang abangnya itu.

IKLAN

Apapun MH memang puji kesetiaan seorang adik yang sentiasa bersama abangnya saat genting seperti ini. Inilah orang kata, susah senang bersama.

 

SUMBER : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI