Categories: Uncategorized

Anuar Zain Kantoikan Akaun Palsu Miliknya

Share

Alahai, isu akaun palsu artis ini selamanya tak pernah habis dan terbaru, Anuar Zain pula menjadi mangsa ‘fake account’ itu.

Mujurlah pihak artis terbabit cepat perasan akan hal berkenaan dan meminta bantuan peminat untuk melaporkan perkara tersebut.

“Assalamualaikum dan hello semua, pihak Anuar Zain Network ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu.

“Diharap anda dapat membantu membuat report di IG tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut. Kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“P/s : Terima kasih juga pada yang menghantar DM kepada pihak kami bagi memaklumkan kewujudan fake account tersebut,” tulis kenyataan itu di Instagram.

Susulan itu, ramai peminat mula membuat laporan kepada Instagram mengenai akaun palsu itu.

Dalam pada itu, sempat juga peminat menyatakan rasa rindu terhadap penyanyi lagu Sedetik Lebih itu.

MH pun rindu juga nak dengar lihat Anuar di atas pentas, mungkin dengan permintaan peminat ini, Anuar akan muncul dengan ‘single’ atau album baru? Kita tunggu dan lihat sajalah.

Foto: Instagram Official Anuar Zain

IKLAN