Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Anna membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi lakonan memukau dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah, menerusi slot Akasia di TV3.

SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia.

Anna bakal bersaing dengan bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan beberapa negara Asia lain.

Sistem pemilihan pemenang ditentukan menerusi undian global oleh peminat seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan begitu kompetitif.

Tahun lalu, Malaysia turut mencatat kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori sama, sekali gus menandakan prestasi seni tanah air semakin diiktiraf di peringkat serantau.

Ads

Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025, Tahniah! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025, Tahniah!Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025, Tahniah!

Terharu Dengan Pencalonan

“Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi Hai Cinta, Dengarkanlah.

“Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya.

Ads

“Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia dan berterima kasih serta teruja dengan pencalonan ini.

“Ia bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa,” katanya.

Ads

Sebelum ini, drama bersiri 28 episod itu menyajikan kisah penuh liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka.

Anna menggalas watak Cahaya, seorang wanita yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Ketika Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharapkan bertukar tragedi dalam sekelip mata.

Lakonan penuh emosi Anna berjaya mencuri perhatian penonton sekali gus membuka ruang buatnya menjejak pentas antarabangsa.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads