
Pelakon Anna Jobling terus mencipta sensasi sebagai antara artis paling berpengaruh di Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Paling Viral Online di Anugerah Paling Viral Online 2025.
Kejayaan tersebut diraih hasil sokongan padu peminat serta impak popularitinya yang mencetuskan perbualan hangat di platform media sosial.

Pada malam kemuncak anugerah yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar, malam tadi itu, Anna turut membawa pulang trofi Selebriti Paling Viral, sekali gus mengukuhkan lagi statusnya sebagai figura tumpuan ramai.

Pemenang Lain Turut Bersinar
Sementara itu, Siti Nordiana turut cemerlang apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Paling Hot menerusi lagu duetnya bersama Tomok berjudul Memori Mungkin Berulang.
Malah, kelab peminat Siti Nordiana juga diumumkan sebagai Kelab Peminat Paling Viral.
Bagi kategori Digital Content Creator Paling Viral, ia dimenangi oleh pempengaruh, Ryan Bakery.
Anugerah Usahawan Viral pula disandang oleh usahawan terkenal, Ojen Aiwah.
Dalam masa sama, karya arahan pengarah tersohor, Erma Fatima berjudul Keluarga Itu pula dinobatkan sebagai Drama Paling Viral.
Terdahulu, program anjuran sebuah platform hiburan ini disiarkan secara langsung di aplikasi TikTok.
Anugerah Paling Viral Online 2025 dihoskan oleh pengacara, Fizi Ali dan digamatkan lagi dengan persembahan hebat daripada artis popular tanah air seperti Shiha Zikir, Roslan Shah dan Arghpiez.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




