Uncategorized

Anis Al-Idrus Kini Bergelar Isteri

Share

Pelakon, Anis Al-Idrus,29, selamat melangsungkan pernikahan bersama lelaki pilihannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, dengan dua kali lafaz.

Majlis akad nikah telah dilakukan secara sederhana tetapi meriah diadakan De’Laman Event Space, Shah Alam pada jam 9:40 malam.

Anis atau nama lengkapnya, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dinikahkan bapanya sendiri, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus.

Akad nikah dilakukan di hadapan Imam dan Juru Nikah Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairuz Shuaib, mas kahwin berupa satu set barang kemas, dengan lima berbalas tiga dulang hantaran.

Bagaiamanapun, wang hantaran pasangan ini dirahsiakan.

“Syukur akhirnya majlis hari ni dipermudahkan. Doakan kami kekal bersama dunia akhirat. Terima kasih juga buat semua yang hadir.

 

“Lega bila semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan, alhamdulillah,” kata Anis ringkas yang manis dalam persalinan serba putih.

IKLAN