Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Ads
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu para wanita khususnya yang berhijab contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Ads
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Ads
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para hijabi yang sedar, cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Umum mengetahui terdahulu pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 41, pernah mengambil keputusan berehat sementara dari dunia seni tanahair, kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan putera keduanya yang dilahirkan pada 6 September 2022.
Usai melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ungku Altamis Barr, Jihan mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak-anak.
Sepanjang tempoh tersebut, Jihan terpaksa melupakan tugas untuk mengacarakan rancangan popular demi memastikan proses berpantang dan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dapat dinikmati sepenuhnya.
Benarlah kata bidalan, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya membesar di depan mata. Sudah tentu perasaan yang sama dikongsi oleh Jihan yang ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.
Malah, isteri kepada Ungku Hariz ini juga dilihat ada memuat naik posting di Instagram berkenaan keterujaannya untuk membawa anak keduanya, Ungku Altamis Barr melihat dunia kali pertama sebaik sahaja beliau dilahirkan.
Jihan menulis kapsyen ringkas tetapi penuh makna yang meluahkan rasa syukur buat anak keduanya. Pada masa yang sama, dia menitipkan doa semoga keluarganya itu dilimpahi rahmat. Secara tidak langsung, dapat digambarkan bahawa wanita ini meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama buat dirinya kini.
Selain itu, sebagai isteri dan ibu, sudah pastinya keutamaan dirinya adalah untuk keluarga tersayang. Malah Jihan mengakui bahagia dikelilingi 3 “Ungku” dalam kehidupannya.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pencipta kandungan digital di Malaysia semakin mendapat perhatian, terutamanya di peringkat antarabangsa dengan kreativiti yang tinggi dan keunikan budaya tempatan.
Penganjur Anugerah All Star Influencers (ASIA), Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, pempengaruh media sosial Malaysia bukan sahaja kreatif tetapi juga berpotensi besar dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti setanding pencipta kandungan popular luar negara.
“Saya tidak setuju dengan pandangan bahawa pempengaruh Malaysia menghasilkan kandungan kurang bijak. Jika dilihat dari sudut kreativiti, orang Melayu antara yang paling kreatif. Ramai pencipta kandungan dan pembikin filem berasal daripada generasi muda kita.
“Oleh sebab itu, kita wujudkan platform seperti ASIA2024 yang menjadi medium penting untuk mengetengahkan bakat tempatan kepada audiens global.
“Kita dapat lihat bagaimana pempengaruh tempatan mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan sebelum malam penganugerahan nanti.
“Kami percaya golongan muda ini mempunyai idea unik dan cara tersendiri untuk menarik perhatian audiens, bukan sekadar mencipta kandungan sensasi,” katanya.
ASIA 2024, yang bakal berlangsung dari 3 hingga 7 Disember 2024 itu bakal menghimpunkan lebih 60 pempengaruh dari lapan negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.
Tambah ABD. Rahman, ASIA 2024 bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menghasilkan kandungan bermanfaat dan berkualiti selain menghimpunkan bakat serta pengaruh digital dari pelbagai latar belakang budaya.
“Peserta dengan jutaan pengikut akan menyertai aktiviti seni dan budaya di Melaka. Kandungan video yang dihasilkan memfokuskan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia, yang dapat menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.
“ASIA 2024 juga memupuk kesedaran tentang kepentingan menghasilkan kandungan bermanfaat dan berkualiti. Kami mahu melahirkan pencipta kandungan yang bertanggungjawab dan mampu menyampaikan mesej positif kepada audiens mereka,” ujarnya..
ASIA edisi kedua ini turut menampilkan 13 kategori pertandingan, antaranya Best Storyteller Award, Best Culture Curator Award, dan Best Transition/Editing Award. Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai dan trofi eksklusif.
Melaka dipilih sebagai lokasi utama pertandingan kerana nilai sejarah dan budaya yang dimilikinya. Para peserta akan melalui pelbagai aktiviti seni dan budaya sambil menghasilkan kandungan kreatif yang memaparkan keunikan negeri tersebut.
Menurut Abd. Rahman, ASIA2024 tidak hanya mempromosikan pelancongan Malaysia tetapi juga memberi ruang kepada pempengaruh untuk memperluas kreativiti mereka.
“Kami percaya golongan muda ini mempunyai idea unik dan cara tersendiri untuk menarik perhatian audiens, bukan sekadar mencipta kandungan sensasi.
“Pertandingan ini diharap dapat memberi impak besar kepada industri pelancongan negara. Bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2024, kandungan yang dihasilkan akan menjadi medium promosi yang lebih berkesan melalui platform media sosial.
“Kita juga mahu memperkukuh hubungan antara pencipta kandungan dari pelbagai negara, sekali gus membina jaringan kerjasama yang lebih luas. Kami berharap ini dapat menjadi standard baharu bagi industri pencipta kandungan di rantau Asia,” tambahnya.
Untuk info, ASIA edisi pertama yang berlangsung tahun lepas mengiktiraf pempengaruh terkenal Indonesia, Ahieb Reborn yang berjaya menggondol anugerah utama sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik.
Dengan kemenangan itu, Ahieb berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah USD10,000 (RM47,300) berserta trofi.
Sementara itu kategori Suntingan Terbaik dimenangi Hermansyah dari Indonesia yang membawa pulang hadiah wang tunai USD3,000 (RM14,200) beserta trofi, manakala kategori Penyampai Cerita Terbaik USD1,000 (RM4,730) dimenangi Tikaolaa (Indonesia).
Trofi Pilihan Orang Ramai pula dibawa pulang oleh Syellaisk (Indonesia) bersama wang tunai USD1,000 (RM4,730).
Tambah mengagumkan, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2023 berjaya mendapat lebih 205juta capaian di aplikasi Tiktok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh satu tahun sahaja.
Tamat Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Danny menganggap hasrat peminat untuk menyaksikan X-Factor untuk kembali bersatu atau membuat kemunculan semula agak sukar untuk direalisasikan.
Mengakui pernah dipelawa untuk menyertai program realiti, Gegar Vaganza, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa memaklumkan beberapa anggota kumpulan tersebut kini sibuk dengan urusan masing-masing.
Katanya lagi, dia juga kurang yakin X-Factor mampu melangkah jauh jika bertanding di program berkenaan.
“Pada saya, X-Factor sudah tiada lagi. Sebelum ini, X-Factor memang ada dapat tawaran untuk sertai GV. Bila telefon Fendi dan Ivan, mereka tak boleh nak berikan komitmen.
“Shah memang teruja untuk X-Factor buat comeback. Kalau setakat tiga orang sahaja, rasanya tak payahlah. Dua kali GV jemput kami. Salah satunya ketika musim bersama Elite.
“Nak lagi ke orang tengok kami? Takut buang masa pula nanti. Minggu pertama sudah terkeluar. Kami bukan X-Factor seperti dahulu lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Danny turut mendedahkan keakraban X-Factor ini tidak sama seperti kumpulan boyband yang lain kerana sejak daripada awal kemunculan, mereka hanya akan bersama ketika ada jemputan persembahan atau projek album sahaja.
“Sebenarnya, kumpulan kami ini tidak seperti kumpulan Ruffedge. Mereka sudah bersama sejak daripada zaman underground lagi. Kami pula KRU yang kumpulkan.
“Ketika zaman X-Factor masih aktif, selepas sahaja persembahan, semua buat hal sendiri termasuk saya. Saya pun tiada nak bercampur dengan ahli lain.
“Bila nak buat persembahan, barulah kami berkumpul selama seminggu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Danny akui agak sukar untuk mengumpulkan semula kesemua anggota X-Factor yang lain memandang mereka kini semua sudah mempunyai komitmen peribadi.
“Kalau nak buat X-Factor junior mungkin boleh. Saya memang ada perancangan nak mencari anggota baharu.
“Zack dan Fendi pun kini sibuk dengan hal masing-masing. Yang masih nak teruskan hanya Shah dan Ivans.
“Kalau Ivan pula, dia kini sudah sibuk dengan band muzik Cina. Mereka mainkan muzik rock dan sangat aktif,” katanya.
Sekadar informasi, selain Danny, kumpulan X-Factor turut dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivan.
Kumpulan yang ditubuhkan KRU Records pada tahun 1999 itu pernah mencipta sensasi menerusi lagu-lagu hits seperti Sehangat Api, 7231564, Akhir Hayatku dan Kau Tetap Nombor Satu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...