
Pelakon terkenal Indonesia, Andrew Andika, mengakui kini sukar berhubung dan bertemu dengan anak-anaknya selepas disekat oleh bekas isterinya, Tengku Dewi Putri.
Menurut Andrew, komunikasi antara mereka terhenti sepenuhnya sejak beberapa waktu lalu dan beliau tidak lagi mempunyai akses untuk berbual mahupun menghantar mesej kepada bekas isterinya.
“Sudah tak berbual juga, sudah diblok, tak berbalas mesej, sudah tak boleh jumpa anak-anak juga. Jadi, mudah-mudahan tak perlu berlarutanlah,” katanya lapor media tempatan Indonesia.
Bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun itu bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa bersama anak-anaknya baru-baru ini.
“Minggu lalu sempat jumpa, alhamdulillah hari Jumaat. Saya ajak anak-anak ke sekolah, saya hantar mereka ke sekolah. Kalau setiap hari Jumaat, saya akan ajak anak solat Jumaat bersama. Hal-hal seperti itu buat saya sangat gembira,” ujarnya.

BACA JUGA: Pelakon Drama Tasbih Cinta Ditahan Polis Kerana Dadah. Ibu Terkejut Dan Jatuh Sakit
Andrew turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa seperti yang tular di media sosial. Katanya, beliau masih menyediakan segala keperluan anak-anak, namun disalurkan secara langsung tanpa melalui ibu mereka.
“Saya tetap memberikan apa yang anak-anak perlukan. Cuma saya berikan terus kepada mereka, bukan melalui ibunya,” jelasnya.
Untuk rekod, Andrew dan Tengku Dewi disahkan bercerai pada Disember 2024 selepas Mahkamah Agama Cibinong meluluskan semua tuntutan yang dikemukakan pihak wanita, termasuk perceraian, hak penjagaan anak dan nafkah bulanan.
Tengku Dewi sebelum ini memohon nafkah sebanyak Rp20 juta (sekitar RM5,700) sebulan daripada Andrew dan mendakwa bekas suaminya itu bersetuju untuk menunaikannya. Pelakon sinetron itu juga menjelaskan bahawa beliau tidak menuntut harta kerana mempunyai perjanjian pranikah dengan Andrew.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




