Pelakon, Eyka Farhana mengakui teruja untuk kembali ke set penggambaran meskipun kini sedang sarat hamil anak sulung.
Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, perjalanan penggambaran yang dilalui setakat ini berjalan dengan sangat lancar.
Malah, keadaan bayi di dalam kandungan juga disifatkan sangat memberi kerjasama dan tidak menyukarkan urusannya sebagai seorang pelakon.
“Bagus betul baby mama. Setakat ini, kelakuan awak sangat baik dan bagi mama energi yang penuh ketika penggambaran.
“Mungkin sebab awak mengidam sangat nak mama kembali ke set penggambaran ketika mengandungkan?
“Alhamdulillah tak penat, tak mengantuk sangat. Kalau tidak, duduk rumah asyik tidur sahaja,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya.
Jelas Eyka lagi, sepanjang kehamilan pertamanya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam makanan tertentu. Sebaliknya, dia lebih merindukan suasana bekerja di set penggambaran.
“Kalau orang tanya apa yang paling ngidam masa pregnant, saya ngidam nak shooting. Yay, sangat gembira untuk balik ke set,” kongsinya lagi.
Terdahulu, pada Sabtu lalu, Eyka dan suaminya berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan mereka kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.
Menerusi hantaran di Instagram, Eyka turut berkongsi beberapa momen indah sesi ‘maternity shoot’ yang berlangsung di sebuah pantai bersama suami tercinta.
Menurut Eyka, kehadiran cahaya mata ini sememangnya bakal menjadi hadiah terindah serta penyeri baharu buat dirinya dan keluarga.
Sekadar informasi, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024 dalam sebuah majlis tertutup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Amira Othman enggan mengambil pusing tanggapan segelintir pihak yang mengkritik pemilihan fesyennya sewaktu menjalani penggambaran untuk sebuah jenama pakaian, baru-baru ini.
Menurut Amira, dia sebenarnya sudah lali dengan perkara tersebut selain menyifatkan setiap orang mempunyai pandangan dan citarasa berbeza berkaitan gaya penampilan.
“Kalau fasal saya, memang ada sahaja komen-komen yang diberikan di media sosial. Saya hadiri program atau majlis usrah pun jadi isu. Apatah lagi bila ada sedikit kekhilafan atau kekurangan daripada pihak saya.
“Ini adalah lumrah. Pada saya, fesyen ini merupakan perkara subjektif. Sama juga seperti makanan. Ada yang cakap sedap, orang lain cakap tak sedap pula.
“Bagi sesetengah orang, fesyen itu nampak cantik. Namun, ada juga yang nampak tak cantik. Bagi saya, komen dan kritikan itu perkara biasa,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen dan koleksi raya Amber ‘Eid’s Time For Love’, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Amira turut memaklumkan dirinya tiada masalah untuk menerima teguran asalkan ia disampaikan dengan cara yang berhemah.
“Jika komen itu diberikan secara baik, sudah tentu saya terima dengan hati yang terbuka. Jika komen itu tidak berapa baik, saya pasti ia daripada golongan yang membenci. Mereka akan tetap akan membenci.
“Buat baik pun mereka akan mengata apatah lagi jika ada kekurangan. Saya lebih menghargai majoriti yang menyokong. Bagi yang minoriti ini pula, kita abaikan,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada emosinya terganggu dengan komen-komen pedas daripada netizen, penyanyi lagu Rasa & Takdir ini dia memaklumkan hanya mahu fokus terhadap hal positif dan orang-orang di sekeliling yang menyokongnya.
“Jika tertanggu, mungkin saya tidak akan berada di sini. Ini adalah asam garam bergelar anak seni. Kalau kita lihat, kebanyakan yang memberikan komen negatif ini adalah akaun palsu.
“Yang menyokong pula, mereka daripada golongan yang nyata. Jadi, buat apa kita memikirkan tentang pemilik akaun palsu ini? Ia langsung tidak memberikan manfaat.
“Ia hanya akan membuatkan kita bertambah stress. Ada banyak lagi hal lain kita nak buat. Baik saya fokus kepada mereka yang menyokong.
“Yang tidak suka, terpulanglah. Saya tak boleh memaksa mereka sukakan saya. Rezeki Allah bagi. Kesihatan pun Allah bagi. Saya sangat bersyukur,” akhirinya.
Amira merupakan salah seorang duta dan wajah untuk koleksi lebaran Amber yang bertemakan ‘Eid’s Time For Love’.
Selain Amira, antara selebriti yang turut diperkenalkan termasuklah Fattah Amin, Hael Husaini, Nora Danish, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air semakin meriah dengan kemunculan ramai artis baharu yang ingin menceburi bidang nyanyian.
Tidak ketinggalan juga barisan pempengaruh yang sanggup berbelanja besar demi melancarkan projek single masing-masing.
Namun begitu, situasi ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan penggemar muzik tempatan.
Ada yang berpendapat segelintir penyanyi masa kini seolah-olah mengambil mudah aspek teknik nyanyian dan hanya melancarkan lagu demi meraih populariti singkat.
Bagi penyanyi dan guru vokal, Adeep Nahar, trend sebegini berpotensi memberi kesan baik dan sebaliknya.
Namun, mungkin juga akan wujud tanggapan bahawa ilmu vokal tidak lagi penting.
“Itu persepsi yang salah. Kalau mereka merasakan diri mereka sudah bagus, itu terpulang kepada pandangan masing-masing. Sehingga sekarang, saya masih lagi belajar untuk memperbaiki teknik nyanyian saya.
“Ada perkara yang kita tak tahu tapi orang lain tahu. Sama juga seperti kita belajar matematik atau ilmu agama. Kalau kita tak tahu, sudah pasti kita akan mencari guru.
“Jika ada yang kata belajar vokal ini tidak relavan, itu terpulanglah kepada mereka,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan The Fabulous Cats itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan preview Ramadan, Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village yang berlangsung di Farmer Village, baru-baru ini.
Menurut Adeep, bidang nyanyian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikuasai kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu difahami sebelum seseorang itu bergelar penyanyi atau melancarkan single.
“Pada saya, nyanyian ini bukan sesuatu yang mudah. Nyanyi ini menggunakan ‘instrument’ daripada badan kita sendiri. Jika alat muzik seperi gitar, keyboard dan drum, ia terhasil daripada bunyi-bunyian dan bantuan elektrik.
“Kita kena faham penggunaan suara, teknik nyanyian dan pernafasan. Nak persembahkan nyanyian juga turut main peranan. Adakah kita faham setiap nota dan perkataan yang kita lontarkan,” ujarnya lagi.
Adeep turut menegaskan, proses pembelajaran tidak pernah berhenti walaupun sudah lama berada dalam industri.
“Ramai yang boleh ‘nyanyi’ tapi tak ramai yang boleh ‘menyanyi’. Kita kena tahu apa yang ingin dinyanyikan. Bukan setakat keluarkan suara sahaja. Penjiwaan juga perlu sampai. Bahagian teknikal itu sangat penting.
“Saya pun kena banyak belajar lagi. Saya belum cukup bagus,” kongsinya.
Sementara itu, dua restoran popular, Gajah Tiga dan Farmer Village, buat julung kalinya bergabung mempersembahkan Sajian Imbauan Desa menerusi hidangan bufet iftar sempena Ramadan.
Sajian Imbauan Desa bakal menampilkan lebih daripada 70 juadah warisan Melayu yang disediakan oleh cef berpengalaman dari hotel lima bintang.
Bufet Ramadan ini akan mula beroperasi pada 23 Februari depan bertempat di Farmer Village, Semenyih, Selangor.
Harga bagi seorang bermula dari RM78 hingga RM128.
Bagaimanapun, 1,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan berpeluang menikmati harga istimewa ‘early bird’ serendah RM68 hingga RM98.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai orang memiliki impian, namun tidak semua yang berani untuk merealisasikannya.
Menerusi drama terbaharu, Suara Sunyi di Subuh, watak Black digambarkan bukan sekadar seorang rider...