Pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar tidak menafikan situasi keguguran rambut melampau yang dialami khasnya para ibu sebelum dan selepas melahirkan cahaya mata menjadi antara topik yang sering dibicarakan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, menyedari akan hal tersebut, dia serius menitikberatkan kandungan terbaik menerusi produk syampu Wellsen X Dynas, yang eksklusif kerana menggunakan sepenuhnya bahan organik.
“Bagi saya, masalah keguguran rambut bagi wanita yang melalui proses kehamilan adalah suatu perkara normal, termasuk saya sendiri.
“Sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering mendengar mengenai masalah atau keluhan mengenai hal tersebut daripada para ibu.
“Sebab itulah bila saya terlibat di dalam kerjasama ini, kunci utama yang saya cuba untuk titik beratkan ialah kesihatan terhadap kulit kepala. Kadang kita sibuk nak jaga rambut, tapi bahagian kulit kepala pula terabai.
“Jadi sebab itulah antara kandungan yang terkandung di dalam syampu ini ialah Aqua Cell yang mampu beri kelembapan 48 jam sekali gus atasi isu keguguran rambut. Selain itu, saya suka elemen ‘mint’ (berangin).
Ads
“Saya pernah menggunakan syampu yang dibeli dari United Kingdom sebelum ini. Saya sukakannya kerana ia berangin bila digunakan. Jadi saya terfikir untuk aplikasikannya pada syampu keluaran khas ini, tapi saya tak mahu ia ada bahan kimia yang tidak baik untuk rambut.
“Jadi bila melalui proses penyelidikan dilakukan, kita ambil keputusan untuk letakkan organik Camomile bagi mendapatkan elemen yang segar di samping minyak esensial pudina yang mampu memulihkan folikel rambut,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen X Dynas, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewakili Wellsen.
Ads
Berbangga dengan edisi premium istimewa dengan harga mesra milik, bintang drama Korban Kasih ini turut meminta pengguna supaya cakna soal kandungan sesuatu produk sebelum membelinya.
“Sebab itulah saya sarankan kepada pengguna baik lelaki atau wanita untuk ketahui dan ambil peduli apa fungsi bahan yang terkadung di dalam sesuatu produk, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal penjagaan diri, termasuk syampu.
“Misalnya apabila berlaku keguguran rambut yang banyak, barulah mula baca label apa isi kandungan pada botol.
“Sebab saya percaya ramai yang kurang tahu bahawa silikon di dalam syampu berupaya membuatkan rambut lembut tetapi penggunaan dalam tempoh lama juga boleh menyebabkan rambut gugur dan rosak.
Ads
“Anda perlu tahu apa yang diletak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, sebab kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya lagi.
Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan maklumat semasa mengenainya juga boleh dirujuk menerusi laman media sosial pelakon berkenaan.
Majlis sama turut diserikan dengan persembahan penyanyi Atilia Haron selain kehadiran rakan artis seperti Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani, Sasha Abdul Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keluarga sepatutnya menjadi ruang paling selamat, namun ada kalanya ia boleh berubah menjadi punca utama luka yang sukar sembuh.
Mungkin itulah situasi pahit yang dialami Baqi dan Kekwa, dua individu yang terluka oleh darah daging sendiri!
Menerusi drama Si Bakhil Dengan Bunganya, penonton dihidangkan dengan kisah keluarga yang penuh konflik, kepercayaan yang dikhianati dan dendam yang terpendam sekian lama.
Baqi, seorang ahli perniagaan berjaya lakonan Yusuf Baharin, digambarkan sebagai lelaki yang kedekut dan berkira.
Bagaimanapun jauh di sudut hatinya, dia menyimpan trauma akibat penderaan semasa kecil oleh bapa saudaranya, Abu Jalal.
Demi mendapatkan kembali tanah pusaka milik keluarga, dia bergabung dengan Kekwa yang digambarkan sebagai wanita tegas dan berani lakonan Alya Iman, yang turut menyimpan luka terhadap ayah dan ibu tirinya.
Cinta Tak Terduga, Dendam Yang Membuak
Kekwa pula ada menyimpan dendam terhadap ayahnya, Tan Sri Jamal, selepas melihat kecurangannya ketika ibunya sedang nazak, akhirnya bersekutu dengan Baqi.
Mereka berpakat untuk menuntut kembali hak masing-masing, namun dalam perjalanan yang penuh tipu muslihat itu, mereka mula jatuh cinta.
Lebih sulit, cinta mereka pula yang terperangkap di antara dendam lama dan keinginan untuk membina hidup baru.
Apakah akhirnya mereka akan memilih cinta atau terus hanyut dalam rasa kecewa dan amarah?
Jangan ketinggalan untu menyaksikan drama Si Bakhil Dengan Bunganya setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria.
Naskhah arahan Hadith Omar ini juga boleh distrim di Astro On Demand dan Sooka.
Selain Yusuf Bahrin dan Alya Iman, Si Bakhil Dengan Bunganya ini turut dibintangi Arfie Shah, Auni Yusri, Kodi Rasheed dan Rusdi Ramli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini muncul satu artikel yang mendakwa penyanyi, Datin Alyah membuat pendedahan yang dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.
“Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tularkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang masalah pun.
“Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham. Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang.
“Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan di bulan Ramadan,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.
Menurut Alyah, pendedahan yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Malah, Alyah mengakui ada konflik yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.
“Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada masalah… tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik.
“Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu Kisah Hati itu mendedahkan, “Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya.”
Untuk rekod, Alyah dan Tok Ram berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys.
“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh #sharERA,” kapsyen yang tertera menerusi hantaran berkenaan.
Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.
Rumah tangga aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa bersama suaminya, Vicky Kharisma akhirnya menemui noktah selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Perpisahan pasangan itu disahkan...