Amboi, makin lama makin pedas pula kata-kata Sufian Suhaimi. Sebentar tadi, penyanyi lagu Di Matamu memuatnaik sebuah promosi laman mencari jodoh, namun kata-katanya, menikam sungguh.
Tulisnya, calon wanita di situ baik-baik belaka, mungkin dia patut mendaftarkan diri.
“Dengar cerita calon-calon wanita di Baituljannah.com ni baik-baik belaka. Manalah tahu kalau-kalau jodoh saya di Baituljannah kan?
“Patut tak saya daftar? Kalau korang nak daftar make sure yang korang serius untuk mendirikan masjid dan yang paling penting masih single.hehe,” tulisnya.
Pelakon Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Aidil Aziz baru sahaja memuat naik sedutan rakaman video pra perkahwinan mereka.
Meski tidak berapa gemar berlakon di daam video pra perkahwinan, Fasha akhirnya akur atas permintaan dengan syarat.
“Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je,” tulis Fasha.
Video hasil CST Production yang dikembangkan ideanya menerusi hasil perbincangan itu merakamkan Fasha dan Aidil berada dalam suasana desa.
“Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang.
“Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. Tak sabar nak tengok hasilnya…
Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang,” kongsi Fasha yang turut memberi kredit kepada semua pihak terlibat.
Turut sama kelihataan di dalam sedutan video berkenaan ialah dua anaknya, Rayfal dan Jemyma.
Sekali lagi, wajah Alif Satar dirakam lensa kamera saat mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Menerusi sepotong video tersebut, dapat dilihat raut wajah selamba Alif.
Video tersebut diterima daripada ibunya lalu dikongsikan penyanyi Sesungguhnya Aku itu menerusi Instagram.
“mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!!,” tulisnya ringkas.
Lalu, selain ramai yang memuji Alif yang sering menunaikan solat Jumaat, tidak kurang juga yang bergurau dengan bintang berkenaan, membayangkan dirinya yang sedang mengantuk saat mendengar khutbah.
Termasuklah para rakan artis yang turut sama tidak melepaskan peluang memberikan reaksi.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.