Uncategorized

Anak Perempuan Harris Baba Dipuji Netizen Terlalu Comel

Share

Menerusi Instagram milik jejaka kacak ini, Harris Baba ada memuat naik beberapa gambar anak perempuan sulungnya yang cukup menarik perhatian ramai dengan kecomelannya.

 

Bayi perempuan comel yang telah diberi nama Aleena Ziya Khawaja Mohammad Harris Babaitu dilahirkan pada 10 Februari 2017 yang lalu dan dilahirkan secara normal.

Penyanyi kelahiran Singapura itu juga berkata, gelaran bapa juga menjadikan artis berusia 26 tahun itu lebih matang dalam setiap tingkah-lakunya kerana dia mahu menjadi suri teladan kepada anak-anaknya kelak.

Harris Baba yang begitu gembira dapat berkongsi wajah puteri sulungnya yang amat comel itu kepada para peminatnya di laman sosial Instagram miliknya baru ini, rata-rata peminat Harris Baba memuji kecomelan baby Aleena.

Aleena yang mempunyai kulit yang putih dan pipi yang tembam menyerlahkan lagikecomelannya.

Baru-baru ini, Harris ada berkongsi gambar Aleena di akaun instagramnya dengan menulis kapsyen yang mengatakan anaknya kini sudah seberat 10kg.

Happy 5 months my BomBom! Cant believe ure 10 kilos already. Hehe,” tulis kapsyennya.

Penyanyi kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Nawawi, 22, pada Mei tahun lalu turut berhasrat membawa keluarganya tinggal bersamanya di ibu kota tidak lama lagi.

 

Berikut MH sertakan beberapa lagi foto Aleena yang cukup comel dengan membaca entri ini sepenuhnya :

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN