Categories: Uncategorized

“Anak Muda Malaysia Sejenis Suka Melihat Buah Dada,”- Komen ’Mengundang’ Di IG Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Beri Reaksi

Share

Pelakon Iqram Dinzly dilihat sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial selepas meninggalkan komen berbaur lucah di Instagram pelakon Uqasha Senrose.

Ia susulan entri Uqasha yang bertanya apa yang terlintas difikiran pengikut Instagramnya apabila bercakap mengenai watak Zaitun lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah (HKL).

Komen tersebut nyata tidak disenangi segelintir pengikut Uqasha yang menyifatkan tindakkan pelakon itu seperti biadap dan tidak kurang juga yang bersetuju dengan komen yang ditinggalkan Iqram itu.

Tambah Iqram, niatnya menulis komen tersebut bukan untuk berlaku biadap sebaliknya dia kagum dengan transformasi yang dibawakan Uqasha untuk menjayakan watak bunian tersebut.

Pada masa sama, Iqram turut menyelar tindakan netizen yang mengecamnya dan menyifatkan mereka seperti berpura-pura untuk mengatakan perkara sebenar.

Dalam pada itu, Uqasha dilihat tidak terkesan dengan komen yang diberikan Iqram itu dan sempat berbual bersama pelakon tersebut di ruangan komen.

Terdahulu, filem Hantu Kak Limah telah mencatat sejarah baru perfileman Malaysia selepas menerima jumlah kutipan sebanyak RM 27.5 juta selepas 15 hari filem tersebut ditayangkan.

Foto: Instagram

IKLAN