Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi berkongsi cerita mengenai anak perempuan arwah iaitu Dzahira Talita Zahra, yang sudah melalui menstruasi pertamanya.
Menurut Siti Fatimah yang sinonim disapa Makder, dia mengetahui perkara itu selepas diberitahu cucunya menerusi WhatsApp.
“Ti (Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5:34 petang video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia.
“Lepas tu entah kenapa saja tanya ‘Dekta (Talita) dah period ke?’ Lepas tu dia cakap belum.
Ads
“Pukul 6:48 petang tadi dia WhatsApp nak cakap dia dah period. Terkejut saya. Baru je tanya tak sampai dua jam.
“Saya pun call untuk suruh dia bagi tahu Mummy (Watie) Alhamdulillah dah besar Talita,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Malah menerusi hantaran sama, Makder turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama gadis berusia 11 tahun itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang gembira melihat perkembangan anak penyanyi popular itu yang kini sudah melalui fasa sebagai gadis awal remaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Beto Kusyairy memberikan dedikasi dan rasa bangganya atas kejayaan penyanyi, Amir Jahari yang sukses merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Hasrat, pada Ahad.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram dan Facebook, Beto akui dia berbesar hati apabila dipelawa untuk membuat kemunculan ketika persembahan Amir di acara muzik tahunan itu.
Hasrat merupakan runut bunyi filem Imaginur lakonannya bersama aktres, Diana Danielle.
Beto pada masa sama turut kagumi semangat penyanyi berkenaan pelantun lagu yang tidak putus meskipun mengharungi pelbagai ujian dalam industri seni.
“Subhanallah… Aku tak tahu secara detail apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.
“Tapi aku tahu journey yang dia lalu tak semua mampu lalu dan pikul. Dan istimewanya dia, dia bertahan walau dalam kepayahan.
“Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya dan itu adalah rahsia Allah, Dia Maha Adil.
“Syabas dan tahniah Mir. Kau dan famili adalah termasuk dalam orang-orang yang baik. Terima kasih kerana tak putus semangat.
“Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang… tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran. For the time being, enjoy dan embrace it! Syukur alhamdulillah. Hasrat juara di hati semua!,” tulisnya.
Perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai reaksi positif daripada rakan artis dan para peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon Anna Jobling meneruskan tradisi untuk tahun kedua dengan mengirimkan kad raya khusus buat keluarga, rakan-rakan serta peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Menghasilkan kad raya dengan sentuhan sendiri, Anna teruja untuk berkongsi ingatan tulus ikhlas dan kad ucapan istimewa tersebut.
Selain untuk menyebarkan kegembiraan dan mempereratkan kemesraan dalam kalangan peminat, bintang drama Melur Untuk Firsaus ini juga ingin menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan.
Malah cara ini sekaligus menghidupkan budaya tradisi apabila tibanya musim perayaan.
“Saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila Anna terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya positif.
“Malah ada yang siap buat video cantik dan ‘tagged’ Anna di media sosial. Bukan itu sahaja, Anna juga berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka,” katanya.
Bersempena dengan Syawal tahun ini, Anna memperuntukkan 1000 kad raya dan akan diedarkan bermula minggu depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nur Fazura antara bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan. Berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Namun, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Hingga menimbulkan beberapa spekulasi yang kurang enak didengari, adakah pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra diapa Faz memendam rasa kecewa terhadap industri seni tanah air?
Ini respon yang diberikan Faz bagi menepis spekulasi-spekulasi yang timbul berhubung peglibatanya sebagai anak seni.
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel yang diolah semula dari REMAJA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Penyanyi, Lan Solo meluahkan rasa syukur apabila dia sekeluarga tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.