Uncategorized

‘Anak Kali Ini Terlalu Special, Dia Sangat Kuat’ – Isteri Lan Solo Kongsi Rasa Tentang Bayi Dalam Kandungan Mungkin Sumbing

Share

Sebelum ini kita sudah sedia maklum isteri kepada penyanyi popular yang baru sahaja memenangi tempat ketiga Gegar Vaganza musim keempat, Lan Solo iaitu Sheila telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kebocoran air ketuban pada kandungannya.

Terbaru MH ada terlihat Sheila berkongsi perkembangan terkini kandungannya menerusi Instagram dan menurut Sheila, doktor berkata berkemungkinan bayi dalam kandungannya cleft lip atau sumbing.

Mungkin bagi sesetengah orang mereka sangat menjaga privacy keluarga dan tidak mahu berkongsi hal-hal sebegini kepada semua namun Sheila berkata dia seorang yang sangat terbuka untuk berkongsi tentang keluarga malah dia tidak menyangka perkongsiannya tentang kandungannya mendapat perhatian ramai.

“Saya sebenarnya suka share apa je yang saya rasa nak share.. sebab saya seorang yang terbuka nak share pasal family ke.. kerjaya ke.. atau apa-apa pengalaman saya.. tak sangka pulak posting arini dapat perhatian lebih,” katanya kepada MH.

Sheila juga turut berkongsi perasaannya setelah diberitahu tentang keadaan bayi dalam kandungannya oleh doktor.

“Bila diberitahu semalam.. saya cuma pandang muka Lan.. Saya tak terfikir apa-apa pon.. sebab doktor kata mungkin dia salah.. yang berkuasa hanya DIA.. keje dia hanya menerangkan kondisi baby dan lain-lain. Cuma mengikut scan semalam.. cleft tu berukuran 0.33mm,” katanya.

MH juga sempat bertanya kepada Sheila apa pula reaksi Lan sebaik sahaja mengetahui kondisi bayinya itu dan dia berkata Lan hanya tersenyum dan tidak menunjukkan sebarang reaksi yang pelik.

“Lan cuma senyum dan dia pon sama-sama mendengar penjelasan doc. Dia tak menunjukkan sebarang reaksi yang pelik.. Dia kata dia yakin Allah pilih kami untuk lalui perkara ni.

 

“Saya bersyukur. Sebab Allah bagi pengalaman baru untuk kami berdua belajar benda baru dan Alhamdulillah Lan seorang yang sangat tabah dan sentiasa positif,” katanya.

Tambah Sheila lagi, sejak mengetahui kondisi bayi dalam kandungannya dia banyak membuat research di internet tentang persiapan dan cara untuk mengatasi percakapan daripada orang lain.

“Sejak petang semalam, saya banyak google macam-macam tentang persiapan sebelum dan selepas. Apa yang perlu dan tak perlu. Cara mengatasi cakap-cakap orang. Dan sebenarnya saya rasa anak kali ni terlalu special. Dia kuat sebagaimana kami cuba kuat,” katanya lagi.

Menurut Sheila, sejak dia berkongsi perkembangan kandungannya di Instagram, ramai yang memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman.

“Sejak posting saya pagi tadi. Bertalu-talu saya dapat PM & DM di ig & fb. Alhamdulillah.. ada yang dari Brunei, Singapore, Australia share pengalaman dan juga gambar-gambar baby mereka before & after operation.

 

“Ada yang mencadangkan untuk saya buat scan lebih details 4D atau 5D. Amalkan makanan sunnah Nabi dan mcm2 lagi. Rupanya ramai je yang anak baby cleft. Ada yang share pengalaman menangis sepanjang hari sebab tak boleh terima keadaan baby. Family mengata baby diorang cacat dan sebagainya. Tapi bila mereka join grup baby klef, semangat mereka berubah dan jadikan mereka lebih kuat. Ramai juga kata, beruntung sebenarnya sebab baby hanya cleft berbanding baby-baby lain yang lebih berat masalahnya,” katanya.

Apapun MH doakan agar bayi dalam kandungan dan juga Sheila sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

IKLAN