Uncategorized

Anak Johan, Jozlynn Masuk Hospital

Share

Sekarang ni memang musim sakit ke, ramai betul berita MH dengar mengenai rakan-rakan artis yang sakit.

Sebelum ni Ajak Shiro, kemudian Shahrul pula dan kini terbaru anak kepada Pelawak, Johan dan Jozlynn pula dikhabar sakit dipercayai demam panas.

 

Berita tersebut dikhabarkan kepada umum melalui Instgram miliknya.

“Akhirnya, mereka pun tumbang, InsyaALLAH, akan bangkit kembali dengan izinNya selain bantuan daripada doktor dan jururawat.

“Doa mama dan papa sentiasa ada untuk anak-anak tercinta. Kuatkan semangat ya,”tulisnya.

MH difahamkan bahawa anak Johan dan Jozlynn sudah beberapa hari tidak sihat.

“Hari ini sempat masak bubur ayam sahaja, mak masuk wad, budak-budak pula demam panas.

 

“Dah masuk ubat bontot, ambil darah dan kena tunggu lagi 2 jam. Minta-minta lah tiada apa-apa.

“Susah hati kalau budak-budak ni sakit kan? Nasib lah abang Ariq boleh boleh harap tolong jaga abang Sodiq.

“Budak-budak dua ni tadi ambil darah tak meragam pun. Alhamdulillah, tahu agaknya mak dia susah hati,”tulisnya lagi.

Sekarang ni memang musim sakit ke, ramai betul berita MH dengar mengenai rakan-rakan artis yang sakit.

Mak mana tak susah hati kalau anak sakit kan? Apa-apa pun MH harap mereka cepat sembuh.

Jozlynn pun kena jaga kesihatan juga , yalah, ibu mengandung kan?

Sumber: IG Jozlynn

IKLAN