Uncategorized

Anak Harris Baba Melecur Tahap 2 Muka, Tangan

Share

Malang tidak berbau buat penyanyi kelahiran Singapura, Harris Baba apabila anak, Aleena Zeya ditimpa penutup lampu panas yang telah menyebabkan muka dan tangannya melecur.

Menerusi entri milik isteri Harris, Nik Naziha Zawawi berkata kira-kira jam tiga petang semalam, kejadian tersebut berlaku di sebuah butik jenama antarabangsa, di pusat membeli belah The Gardens, Ahad yang lalu.

Malah, Nik Naziha turut meluahkan perasaan terkilan dan sedih atas apa yang menimpa anaknya yang berusia lapan bulan atas kecuaian orang lain.

Lebih malang, anaknya mengalami melecur tahap kedua di kedua-dua belah tangan dan bahagian muka.

Harris turut memuat naik entri sama dengan isterinya di laman Instagram miliknya.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Harris, dilihat dia ada memuat naik satu gambar menunjukkan kecederaan yang dialami Aleena.

Ruangan komen di Instagram Harris juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu khuatiri dengan keadaan Aleena.

Perkongsian pelantun lagu Katakan itu telah menerima lebih daripada 16,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aleena segera sembuh.

Bagaimanpun, mereka telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik berkenaan.

IKLAN