Uncategorized

Anak Fynn Jamal, Arjuna Bakal Dapat Adik Perempuan

Share

Kami pasti ramai yang follow pelantun lagu Arjuna Beta ini di Instagram. Selain suka melihat video-video yang dimuat naik olehnya mengenai anaknya, Arjuna.

Kita juga tahu bahawa Fynn dan suami, Tri Hadzir seorang yang bertanggungjawab serta penyayang.

Lihat sajalah kasih sayangnya terhadap Bakti Arjuna Fitri Abdullah yang mengidap penyakit autisme. Arjuna merupakan anak angkat yang dijaga dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri.

Terbaru, Fynn Jamal telah mengambil lagi seorang anak angkat. Kali ni dia bakal menjaga anak angkat perempuan.

Menerusi kapsyen pada gambar tersebut, Fynn mengatakan bahawa percaturan ALLAH SWT itu lebih tahu apa yang terbaik bagi dia.

“Bismillahirrahmaanirrahim.We have been keeping this massive news for a while. sebab ye lah. there’s never a guarantee of anything when it comes to adoption.” Tulis Fynn

Menurut Fynn lagi dia menyimpan berita gembira ini kerana tidak berani berkongsi takut kebarangkalian tidak jadi itu ada dan khuatir ibu kepada anak angkatnya membatalkan niat untuk memberi anaknya.

Tambah Fynn, lebih-lebih lagi bukan dia yang mengandung, jadi dia risau untuk berkongsi lebih awal dengan peminatnya.

Bagaimanapun dia berasakan hari ulang tahun kelahiran suaminya adalah masa yang sangat sesuai untuk mengumumkan berita gembira tersebut.

“Adoption, bukan aku yg mengandung.
tak berani break the news selagi belum masa.Kebarangkalian tak jadi tu ada, mak dia kensel ke, hati aku tak sedap ke.”

 

“Semua Allah punya kerja, so nak kongsi awal-awal macam risau je, but it is daddy’s birthday dan rasanya masanya sesuai dah ni, insyaAllah.”

Pada antara hujung Oktober atau awal November ini, Arjuna bakal mendapat seorang adik perempuan.

Fynn juga meminta agar apabila dia dan suami tiada kelak, mereka berdua sentiasa ada bersama.

Selain itu, dia turut memohon agar semua mendoakan proses pengambilan anak angkatnya itu dipermudahkan.

“Minta doa sekalian untuk dipermudahkan. semoga lancar dan harap- harap setiapnya terjagakan.”

 

“Bi iznillah. Antara hujung oktober atau awal november ini, juna akan dapat adik perempuan. minta-minta apabila mummy daddy dah tak ada, sentiasa mereka berdua berpimpinan.Amin.”

 

“Lekas sampai, adik. Mummy, daddy dan bang long tak sabar dah ni.” Tulisnya di kapsyen foto ujian imbasan kandungan bayi itu.”

Rata-rata pengikut Fynn di akaun Instagramnya memenuhkan ruang komen itu dengan komen-komen yang positif.

Pasti dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan kebahagiaan buat keluarga Fynn.

Bertuah bayi itu kerana dapat membesar dalam keluarga yang dapat menjaga dirinya sebaik mungkin seperti anak sendiri.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

IKLAN