
Selepas bergelar seorang ibu, penyanyi Shila Amzah kini dilihat lebih gemar berkongsi perkembangan anak pertamanya, Seth Uwais.
Lalu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah ada berkongsi mengenai pusar rambut anaknya yang tumbuh di bahagian dahi.
“Apalah maksud pusar kat betul2 depan kepala ni? @sethuwais Ada tak baby Korang yang pusar dia kat tempat lain selain dari tgh2 kepala?,” tulisnya.
Lalu, perkongsian penyanyi lagu Tiada Dirimu ini mendapat pelbagai reaksi peminat.
Malah, ada juga menyarankan agar penyanyi berusia 29 tahun itu tidak mudah mempercayai perkara karut atau tidak benar.

Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu telah selamat bergelar ibu, pada 31 Ogos yang lalu.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dapat RM800 Untuk Drama 26 Episod, Shakilla Khoriri Throwback Memori Kopek Jagung Demi Duit Minyak Kereta

Mengimbau kembali memori 11 tahun lalu, pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia pernah mendapat bayaran hanya RM800 untuk drama 26 episod yang menjalani penggambaran enam bulan.
Jelasnya, untuk menampung keperluan hidup dan mengisi minyak kereta untuk ke sesi ujibakat, dia dan ibu membantu jiran mengopek jagung untuk dijual di pasar malam dan dibayar upah RM15 hingga RM20 sehari.
“JANGAN MALU PERNAH SUSAH
“Hari ni Cik Ameena tak berapa sihat.So aku syak dia akan extra mengada dan akan tidur banyak. So curi masa nak buat stock makanan Cik Ameena.
“Bila orang tengok video ni mesti ada yang puji kata hebatnya kopek jagung. Dan mungkin aku pun akan rasa bangga sambil cakap Thanks.
“Sebak pulak dada bila tiba2 aku TERflash back kisah macam mana konon hebatnya aku kopek jagung.
“Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting. Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang takde comittment lagi kecuali kereta kenari aku tu.
“Aku stop sebab aku shooting drama 26 epd dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan!
“Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku. Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun. Yess aku kena sedar yang persaing dan pemilihan pelakon bukan main celup.
“Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku.
“Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata2 nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi.
“Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni.
“Berguni2 dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang.Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata2 untul Dapat RM15-20 lepas isi minyak.Lagi sedih Emak aku pun sama2 buat. Allah sebak nya aku rasa sekarang,” jelasnya.
Maklum wanita ini lagi, disebabkan itu dia sangat sensitif dengan kesusahan insan lain dan bersyukur dengan penerimaan industri dengan bakat lakonannya.
“Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang.Penerimaan aku dalam industry hiburan. Aku hargai kawan2 kerja aku dari producer, artis sampai lah yang buat air tu.
“Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelak dengan kawan dan sedara.
“Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu, Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu. TERIMA KASIH ALLAH,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Setiap kesukaran pasti datang bersama kesenangan. Itu janji Allah SWT kepada hambaNya.
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah. Mak Dan Abah Terima Kasih Sentiasa Doakan Angah,”- Nadzmi Adhwa Berjaya Membeli Rumah, Alhamdulillah!

Setiap insan sudah pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman namun bukan mudah untuk memilikinya.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nadzmi, dia telah berjaya membeli rumah impian ketika dia sudah berusia 26 tahun.
“Alhamdulillah. Mak dan Abah terima kasih sentiasa doakan Angah Salah satu impian saya nak memiliki landed house tercapai Haritu teman @ardellaryana je beli rumah harini saya pulak Weh kita berjiran weh ! Syukur . Pasni kita jiran taman sebelah boleh la kau masakkan untuk aku
“Maklum lah single Bila kita nak double? Hehe. Thankyou banyak bantu aku from nothing to a little something. Dari kita susah ada 3 ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam macam la dugaan.
“Thanks @ardellaryana Kita tak kaya , kita biasa biasa je 🙏🏻We grew together Insyaallah ! @alwadelhijab @alwadeltailor@imsohotbae @yourmouthwantme@adellroutine_hq,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Di samping itu, peminat turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Nadzmi kerana telah berjaya memiliki rumah idaman.
Untuk rekod, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Azmi telah dilahirakn pada 6 November 1992.
Foto : Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel! Dah Pandai Senyum Ya Dia,” – ‘Baby Girl’ Fizo Omar, Wan Khaleeda Dipuji Ramai

Hampir memasuki usia 5 bulan, kecomelan anak kedua Fizo Omar dan isterinya, Fazeera yang diberi nama Wan Khaleeda mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Fizo ada berkongsi beberapa keping gambar terkini Khaleeda yang dah mula pandai senyum.
Menatap hantaran tersebut, para peminat memberikan reaksi masing-masing.
Ada yang menyifatkan wajah baby girl itu saling tak tumpah seperti Fizo dan ada yang anggap sebaliknya juga.
“Comelnya dia… banyak rupa Fizo.”
“Comelnya Khaleeda. Macam mommy dia muka dan senyumannya.
“Comelnya Khaleeda. Semoga membesar dah menjadi anak solehah. Amin.”
“Rupa mama dialah.”
“Alaaa omey!! Dah boleh senyum ya dia.”
“Ya Allah comel sungguh alhamdulillah. Semoga membesar menjadi anak solehah.”
“Banyak muka ibunya ya…”
Itu antara komen yang ditinggalkan wargamaya.
Terdahulu, di dalam perkongsian sebelum ini, Fizo akui air mata jantannya gugur saat melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.
Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang dan Fazeera melahirkan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI