Categories: Uncategorized

Ana Nayla, Nama Anak Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi video pendek yang sekali gus menunjukkan wajah penuh anak perempuannya di Instagram, hari ini.

Malah isteri kepada Nabil Mahir ini turut mengumumkan nama permata hati sulung mereka iaitu Ana Nayla binti Ahmad Nabil.

“Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!

“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda pada ruangan kapsyen.

Video yang kini sudah pun menerima hampir 300,000 kali tontonan itu mendapat perhatian peminat yang turut menitipkan komen yang baik-baik buat keluarga kecil pasangan selebriti ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN