Categories: Berita Hiburan

Amira Bakal Sempurnakan Majlis Khatam al-Quran, Malam Ini InsyaAllah Bergelar Isteri Fattah Amin

Share

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman bakal bergelar pasangan suami isteri hari ini.

Sebelum menamatkan zaman anak dara, Amira difahamkan bakal mengadakan majlis khatam al-Quran di sebelah pagi 14 September sebelum diteruskan dengan ijab kabul di sebelah malam.

Terbaharu, video rehearsal majlis khatam al-Quran Amira yang dikongsikan di Instagram Stories pendakwah terkenal, Ustazah Asni Mansor menyorot perhatian ramai.

Malah ada yang memuat naik kembali momen sekitar majlis rehearsal terbabit di laman sosial Threads yang sekali gus dan mendapat maklum balas positif warganet.

Majlis Kahwin ‘Live’ Di TV

Sebelum ini, pelakon Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir pada Isnin lalu.

Menerusi acara itu, Fattah akhirnya mendedahkan mengenai status hubungan mereka berdua selain turut berkongsi tarikh perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan ini secara langsung pada 14 September, jam 8 malam, menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).

Terdahulu, desas-desus mengenai spekulasi yang mendakwa Fattah bakal menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat tular di media sosial sekali gus menyorot perhatian ramai pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH