Personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan kini berada di Jakarta, Indonesia yang turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Sinonim dikenali sebagai Little Miss Khan, Ameera sebelum ini ada melakukan sesi ‘IG Live’ setibanya dia di negara jiran selain ‘updates’ aktiviti menerusi Insta Stories.
Terbaharu, Ameera memuat naik semula (repost) hantaran kenalannya yang dikenali sebagai Siena Inocberia Handani.
Menerusi video pendek itu, momen Ameera dirakam sedang berada di sebuah restoran sambil ditemani pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.
Ads
Ujar Ameera, dia sangat gembira kembali ke Jakarta kerana berpeluang bertemu kenalan di sana.
“Sangat gembira untuk kembali ke Jakarta dengan kehadiran kamu di sisi. Love you, Siena sayang,” tulisnya.
Ads
Sebelum ini, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah berkawan rapat, bagaimanapun ia renggang selain Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram, beberapa tahun lalu.
Namun pada Mac tahun lalu, hubungan mereka kembali menjadi perhatian apabila Ameera difahamkan menerima panggilan video daripad Jefri ketika berada di dalam kereta.
Ads
Ia sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka kembali rapat.
Ameera juga secara seloroh memaklumkan dirinya tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menyifatkan mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Band popular tanah air, Kugiran Masdo menyifatkan penganjuran pelbagai acara muzik dan konsert di negara saat ini merupakan satu petanda positif buat industri muzik tempatan.
Menurut vokalisnya Ali Sariah, bagaimanapun setiap band atau artis itu harus bijak menyusun strategi atau kekerapan mereka membuat persembahan demi menjaga nilai eksklusiviti.
“Perkara ini ada pro dan kontra. Bila sudah terlalu banyak festival dan barisan artisnya pula hampir sama, kita sudah tidak jadi eksklusif.
“Malaysia ini tidak besar dan show pula banyak berlangsung di Kuala Lumpur. Kalau boleh, banyakkanlah acara-acara muzik di negeri-negeri lain pula.
“Bila selalu buat show di tempat yang sama, penonton akan boring. Kita juga jadi risau sebab asyik-asyik muka sama. Perasaan tak syok tu memang ada,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, demi memastikan para peminat mendapatkan pengalaman muzik yang berbaloi, mereka kini lebih memilih untuk membuat persembahan di acara berbayar berbanding konsert percuma.
“Ketika ini, kami sudah kurang membuat persembahan di acara muzik yang masuk percuma. Orang akan lebih memilih untuk tengok yang percuma daripada show berbayar.
“Untuk lihat kami perform, kena bayar.
Kalau dahulu, mungkin kami sapu semua tapi kini kami lebih menjaga eksklusiviti agar mereka yang membayar itu rasa berbaloi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, gitaris Kugiran Masdo, Asmawi pula menjelaskan mereka juga sedar dengan komen-komen peminat yang mahu mereka tampil berbeza di setiap acara muzik.
Bagaimanapun, mereka juga tidak mahu menghampakan perasaan para peminat yang mahu melihat mereka memainkan lagu-lagu popular.
“Bukan peminat sahaja komen, kami pun dah komen diri sendiri. Namun, kami tak boleh nak buat apa sebab scene kita berbeza dengan Indonesia.
“Di sana, ada band yang tak perlu pun mainkan lagu-lagu daripada album lama. Mereka boleh sahaja mainkan lagu daripada album baharu dan peminat akan tetap enjoy.
“Kalau di Malaysia, kita belum ke arah itu. Kalau kami tak bawa lagu Dinda, apa pula kata peminat nanti? Lagu-lagu wajib ini kena mainkan juga tapi kita ubah dari segi arrangement,” akhirinya.
Terdahulu, Kugiran Masdo merupakan antara band yang akan membuat persembahan di acara One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini Dewan A, MAEPS, Serdang.
Selain Kugiran Masdo, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah seperti Hujan, Bunkface, Insomniac, Gerhana Ska Cinta, Drama Band dan 53 Universe.
Malah, acara muzik besar-besaran ini juga bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak ada otak. Bukan senang nak masuk indurstri. Aku dulu nak masuk susah sangat.”
Demikian respon yang diberikan selebriti popular, Didie Alias terhadap segelintir pemain seni yang didakwa mencemarkan nama baik industri seni gara-gara terpalit dengan isu kontroversi.
Mengambil contoh perjalanan seni Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Didie, 52, memuji pembawaan diri penyanyi nombor satu itu sejak awal terjun ke dunia seni.
“Kalian sekarang dengan perkembangan media sosial, senang untuk membina nama. Viral satu isu sudah terus dapat jadi pelakon, pelawak dan sebagainya.
“Tapi akhirnya kau bukan tinggalkan kenangan yang manis, tapi kenangan pahit. Kalau rasa tak boleh hadapi atau bawa diri dengan baik, jangan masuk dalam industri aku.
“Kami ni seboleh mungkin cuba jaga nama baik sejak dulu sampailah sekarang.
“Ambil contoh Siti Nurhaliza yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Biduanita Negara. Saya kenal dia dari umurnya belasan tahun lagi. Bagaimana dia membawa diri sampailah berada pada tahap sekarang.
“Macam saya sendiri, sudah hampir empat dekad dalam bidang seni. Datanglah selebriti muda yang lebih lawa dan sebagainya, namun syukur alhamdulillah saya masih di sini bersama identiti sendiri.
“Jadi kepada sesiapa yang dinamakan sebagai selebriti ini, janganlah buat kerja tak ada otak. Fikir dulu apa impak sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Jaga nama baik keluarga. Mungkin anda ada isteri, anak, ibu bapa dan keluarga. Apa perasaan mereka jika buat sesuatu perkara yang tidak baik?,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Sumpahan Peti Ais ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Didie Alias x SB Parfum Diva Collection di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Diva Collection hadir tiga varian iaitu Diva Scandalicious, Diva Glam dan Diva Didie, yang setiap satunya memiliki aroma mewah yang sesuai untuk wanita moden yang berani dan sofistikated.
Didie pada masa sama turut berpesan kepada rakan selebriti agar menjaga nama baik diri dan keluarga.
“Kalau saya nak buat sesuatu, fikir dua tiga kali. Tak mahu ‘tersalah bual’ atau tersilap langkah sebab bimbang akan makan diri-sendiri.
“Kesimpulan dia, jangan jadi orang seni yang tak ada otak. Pegang tanggungjawab tak kisahlah kita ni popular atau tidak. Nak bertahan dalam bidang ini bukannya senang.
“Dulu nak masuk industri kena hadiri uji bakat dan sebagainya. Teruk dulu… Aku dulu sampai kena ‘beduk’ dengan arwah bapa nak jadi pelakon, susah.
“Jadi bila sudah capai cita-cita tu, kita buktikan yang kerja ini mampu tanggung keluarga. Kita berikan kebahagiaan kepada mereka,” katanya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sangat terhutang budi dengan isteri, mati hidup semula pun saya tak boleh bayar.”
Demikian kata vokalis kumpulan Coco, Nine atau nama sebenarnya, Zulqarnain Jaafar, 43, yang kini berdepan ujian mengalami serangan ‘cerebellar stroke with brainstem damage’ lebih tiga bulan lalu.
Reda dan berlapang dada, bapa kepada dua cahaya mata ini akui mengambil semangat isteri, Feride Hikmet dan anak-anak dalam menjalani kehidupan sehari-hari ketika ini.
“Isteri saya yang banyak berikan sokongan. Semangat dia kuat, saya pun jadi kuat. Kalau dia lemah, saya pun lemah.
“Kalau bercerita mengenai isteri, tak boleh gambarkan perasaan. Terhutang budi dengan dia. Mati hidup semula pun saya tak boleh bayar,” Katanya kepada MH.
Nine yang turut ditemani isteri berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Malam Silaturahim yang bakal dilangsungkan di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 25 Disember depan di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bersempena dengan acara itu, Nine antara 20 penggiat seni dan bekas pengamal media yang menerima sumbangan daripada penganjur, HS Event & Entertainment Sdn. Bhd.
Berkongsi keadaan dalam menjalani kehidupan seharian, Nine senang untuk bersikap positif dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang saling menyokong.
“Pada awalnya saya diserang jantung sekitar bulan Julai dan kemudiannya kena strok. Saya sekarang dalam fasa pemulihan dengan jalani sesi fisioterapi.
“Saya reda, jalani hidup seperti biasa sahaja. Allah Maha besar, saya tidak boleh gambarkan perasaan saya.
“Insya-Allah kalau diberikan kesembuhan selepas ini, saya nak kerja balik macam biasa. Saya suka berniaga dan nak kembali beriaga.
“Saya kalau boleh tak mahu menyusahkan lagi sesiapa, terutamanya isteri dan anak-anak,” katanya turut susut berat badan hampir 20 Kilogram.
Terdahulu, Konsert Malam Silaturahim, bakal menghimpunkan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam penuh nostalgia di atas satu pentas, sekali gus mempromosi inisiatif amal untuk membantu penggiat seni dan rakan media yang memerlukan.
Acara ini juga bakal menjadi medan untuk memperkenalkan konsep dan tujuan program, selain menampilkan beberapa artis terkenal yang akan terlibat.
Antaranya Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin.
Selain meraikan artis lagenda, acara ini juga mengiktiraf individu penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri, yang pernah menjadi tulang belakang kejayaan industri seni.
Penganjur program, Datin Rosmariza Dato Che Umar berkata objektif utama Malam Silaturahim bertujuan merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka.
“Acara ini bukan samata-mata untuk meraikan artis-artis kita, tetapi turut menjadi platform untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Malah, sumbangan khas berupa wang tunai turut diberikan kepada penggiat seni dan rakan-rakan media yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Tiket konsert Malam Silaturahim serendah RM150.00 dan boleh didapati sejak semalam menerusi laman berkaitan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.