Uncategorized

Amboi, Sherry Ibrahim Tayang Kekasih Di IG Ke Tu?

Share

Pelakon, Sherry Ibrahim muat naik fotonya bersama seorang lelaki di laman Instagramnya, semalam.

Berikutan itu, ada yang menyangkakan bahawa jejaka tersebut merupakan kekasih pelakon drama teduhan kasih itu.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang bertanyakan soalan yang sama.

Malah, ada juga yang terus mendoakan Sherry dan pasangan.

Sebelum ini, Sherry mengakui telah menemui pengganti setelah putus cinta dengan aktor, Fattah Amin.

Bagaimanapun, dia juga enggan mendedahkan identiti teman lelakinya, buat masa ini.

Foto/Instagram: Sherry Ibrahim

IKLAN