Uncategorized

Amboi, Rupanya Ummi Nazeera Jadi ’Match-maker’ Izara Dan Adib!

Share

Kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Rupa-rupanya, pelakon Ummi Nazeera merupakan individu bertanggungjawab menemukan Izara Aishah,25, dan suaminya, Muhammad Adib Khalib,27.

Ummi menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini ada berkongsi kisah penyatuan dua hati itu pada peringkat awal perkenalan mereka.

Kongsinya, Adib ialah rakan dramatis tersebut sejak kecil dan mereka merupakan rakan sekelas.

Kemudian, Ummi dan Adib sekali lagi bertemu dan sama kuliah ketika melanjutkan pengajian di Universiti Melbourne, Australia.

Sementara ceritera cinta Adib dan Izara bermula apabila Adib meminta Ummi untuk hadir ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana ingin sekali bertemu dan mengenali hati budi Izara.

” Ummi, u coming to Mak Itis concert tonight right ? Help say good things about me to Izara..wanna get to know her “.

Pada masa sama, hubungan akrab di antara keduanya menyebabkan mereka digosipkan bersama setelah dilihat berdua hadir ke konsert berkenaan.

Sebenarnya, Ummi menjelaskan dia hanya ingin menjodohkan mereka berdua tetapi disalah ertikan. Tulisnya lagi, dia duduk di antara Adib dan Izara dan Adib masih lagi segan silu ketika itu.

 ”You will notice I was siting in between Izara and Adib ! Adib masa tu malu malu lagi nak cakap.” Tulis Ummi lagi.

Malah, Ummi turut berkongsi kegembiraan mereka berdua. Dia juga sempat memuji Izara yang begitu cantik pada malam perkahwinannya tempoh hari.

Nampaknya memang menjadi segala usaha Ummi untuk menyatukan Adib dan Izara kan?

Alhamdullilah. Akhirnya ke jinjing pelamin pasangan sama cantik sama padan ini. Tahniah korang!

IKLAN