Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Ads
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Ads
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.
Mengulas mengenai perpisahan yang berlaku, Mawar memberitahu dia reda dan pasrah dengan keputusan yang dipersetujui bersama.
Malah, ibu tunggal berusia 30 tahun ini juga tidak menafikan dia bersama bekas suami telah melakukan yang terbaik demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.
“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya.
“Tapi, selama hampir enam tempoh perkahwinan ini kami mencuba dan saya reda,” katanya sejurus selesai prosiding.
Terdahulu, Fizo yang ditemui pihak media di perkarangan mahkamah tenang memberikan reaksi.
Katanya, apa yang berlaku adalah takdir Allah dan tidak boleh memberikan perincian yang lebih mengenai perceraiannya sama Mawar ketika ini.
“Saya menghormati pihak media. Buat masa skng saya tak boleh beri sebarang kenyataan secara terperinci. Cuma apa yang boleh saya katakan, jodoh saya dan Mawar hanya setakat ini, ia takdir Allah.
“Pada saya apa yang terjadi ini buka pengakhiran tapi pemulaan bagi saya dan Mawar sebagai ibu bapa yang berpisah dalam membesarkan Mariam (anak),” jelasnya.
Pada masa sama, Fizo turut memberitahu mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Jangan risau saya dan Mawar baik-baik sahaja. Saya percaya lepas ini hubungan kami akan lebih rapat bahkan sehingga ke hari ini kami masih lagi baik.
“Betul perceraian bukan sesuatu yang baik. Akan tetapi saya percaya hikmah di sebalik kejadian ini, ambil positif,” doa Fizo yang turut mengharapkan penulisan yang baik berkaitan dirinya dan bekas isteri dari kalangan rakan media.
“Saya masih sayang, masih kasih sebagai ibu kepada anak saya. Saya banyak terhutang budi kepada Mawar.
Tidak perlu ada pergaduhan sebab siapalah saya untuk menidakkan takdir Allah,” kongsi Fizo dalam keadaan yang cukup tenang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Alif Satar mengakui dirinya amat meminati sukan berbasikal.
Apatah lagi,aktiviti tersebut merupakan antara hobi yang kerap dilakukan andai ada waktu senggang. Bagaimanapun ia sudah lama tidak dilakukan.
Lebih menarik, pelakon drama bersiri Pia ini turut berkata dia mempunyai impian untuk melakukan aktiviti tersebut bersama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.
Kini penyanyi Kasihku Selamanya itu cukup sinonom dengan aktiviti berbasikal dan sering melakukan aktiviti kayuhan jarak jauh.
“Kalau nak diikutkan, ia antara hobi saya juga dan saya dengan Datuk Siti tak pernah lagi cycling basikal sesama setakat ini.
“Sudah semestinya saya teringin sangat nak cycling bersama Tok Ti sebab Alif tengok Tok Ti pun power juga dalam membuat kayuhan bila tengok di perkongsiannya di media sosial.
“Kak Iti bilalah nak ajak saya kayuh basikal sesama kita asyik berbalas komen di Instagram cakap pasal basikal. tapi tak pernah dapat peluang nak cycling bersama-sama,” seloroh Alif memasang impian kepada MH.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.