Baru-baru ini, Presiden KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menyatakan pandangannya bahawa nama dan populariti sahaja tidak akan cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya di dalam kancah politik.
Susulan daripada itu, pelakon dan aktivis masyarakat, Datuk Hans Isaac telah pun memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut.
Menurut Hans, sepanjang dia menceburkan diri di dalam dunia politik, dia hanya memberikan sepenuh tumpuan untuk mebantu mereka yang mempunyai masalah terutamanya buat penduduk di kawasan Ampang.
“Tak pernah sekali pun saya menggunakan populariti saya untuk mendapatkan kelebihan dalam bidang politik. Saya dan pasukan saya telah berkerja keras daripada akar umbi dengan lebih 250 program bantuan CSR.
“Malah, saya juga telah meluangkan banyak masa untuk membantu orang ramai terhadap pelbagai masalah yang berlaku di Ampang,” tulisnya.
Pelakon filem Baik Punya Cilok itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimua naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sekiranya seseorang itu tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, mereka seharusnya memberikan fokus terhadap perkara yang mereka tahu sahaja.
“Dia patut berfikir dahulu sebelum memberikan komen sebegini. Sesetengah orang mereka sangat bagus untuk membantu negara dan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
“Ada ada sesetengah lagi mereka sepatutnya hanya fokus kepada perkara yang sedang mereka lakukan dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.
“Lebih baik manfaatkan masa dengan sesuatu perkara daripada memberikan komen kepada orang lain,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap usaha Hans untuk membantu orang ramai selama ini.
Baru-baru ini telah, Hans telah bertanding bagi menjawat jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR namun tewas.
Hans memperoleh 609 undi sementara pesaing yang juga selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, turut tewas, memperoleh 589 undi.
Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin dengan diri sendiri boleh memberikan kesan khasnya bagi pasangan suami isteri.
Setelah hampir 8 tahun melayari bahtera perkahwinan, selebriti Linda Onn akui perasaan sedemikian pernah dirasai sebelum ini.
Pada pandangannya, perasaan tersebut mungkin berkait rapat dengan tahap kematangan diri seseorang.
“Bagi saya, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin ini memang ada berkaitan dengan tahap kematangan diri seseorang.
“Sebab waktu kita muda, dari zaman sekolah sampai dah keluar sekolah kita tidak dapat seperti apa yang kita kecapi sekarang.
“Dulu saya tidak kewangan yang kukuh, tidak pandai nak bersiap-siap jadi itu semua berkait dengan kematangan dalam diri.
“Jadi, kalau dulu orang kata Linda Onn ‘insecure’ memang betul. Saya ada perasaan itu dulu tapi sekarang saya yakin,” katanya.
Dalam pada itu, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ia juga wujud ketika di awal fasa perkahwinan bersama suaminya, Ungku Azhar Ungku Maznan.
“Waktu mula-mula kahwin dulu, bila suami cakap dia nak pergi Johor untuk urusan kerja saya selalu ada rasa ‘insecure’ dengan dia.
“Sampai fikir dia buat apa kat Johor, entah-entah dia sewa hotel dekat sana dengan perempuan lain.
“Saya tak tipu, perasaan itu memang pernah ada dan terjadi di awal perkahwinan saya. Sampai satu tahap, saya buat panggilan video tanya dia buat apa, ada dekat mana sedangkan dia bukan orang yang seperti itu,” katanya lagi.
Lindah menambah, hal ini terjadi selepas dia pernah mengalami masalah kepercayaan dengan pasangan terdahulu.
“Ya, memang betul perasaan seperti ini wujud sebab saya pernah mengalami situasi masalah kepercayaan dengan pasangan sebelum ini.
“Hal ini berlaku dalam perhubungan terdahulu saya sewaktu saya berkenalan dengan seseorang dulu di mana dia tak percaya saya dan saya pun tak percaya dia.
“Sebenarnya saya seorang yang jujur, dia pun jujur tapi tak tahu lah, sebab itu saya cakap benda ini berkait dengan kematangan seseorang,” katanya.
Sekadar informasi, Linda mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah melahirkan perasaan kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengejek serta mengutuk penampilan rambut anak tunggalnya, Anais Adha.
Berkongsikan luahan itu di laman Instagramnya, Sakinah, 33, menyifatkan golongan sebegitu sangat menyedihkan.
“Kamu semua sangat menyedihkan!Mari kita bincangkan kenapa orang mahu mengutuk/mengejek rambut afro cantik yang dimiliki Anais,” tulis Sakinah di ruangan kapsyen.
Pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik tajuk berita sebuah portal tempatan yang melaporkan mengenai keadaan rambut anaknya yang menjadi bahan ejeken netizen baru-baru ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Sakinah dan anaknya agar tidak membaca komen-komen negatif tersebut.
Malah, kakak Sakinah, Sharifah Shahirah juga turut berkata rambut anak Sakinah mengambil gen daripadanya yang turut memiliki rambut jenis kembang.
“I selalu rambut macam tu siap ada kutu… kawan i ramai ok je happy. Ikut aku ler… ok je jadi orang,” tulis Shahirah.
“Crazy rambut gitu kena ejek… for me, her hair sangat unik dan cantik.
“Why people so rude! Perfect sangat ke mereka yang ejek tu?
“Yang ejek-ejek tu macam tak berakal pula. Nanti kata bodoh, marah.
“Kesian, budak kecil pun nak dikecam,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Anais, 5, merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Sakinah dengan bekas suami, Aliff Adha.
Sakinah kemudiannya berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen dan kedua-duanya kini menjalani perkahwinan jarak jauh berikutan suaminya kini sudah kembali bekerja di negara kelahirannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!