Categories: Uncategorized

Amar Baharin Memuat naik Gambar ‘Baby Bump’ Amyra

Share

Pelakon Amar Baharin dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di instagram menampakkan perut atau ‘baby bump’ isterinya Amyra Rosli yang kini sudah mencecah empat bulan.

Amar dan Amyra yang menghadiri

Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro baru-baru ini tampil manis mengayakan gaun merah jambu muda dengan memperlihatkan bentuk baby bump yang semakin membesar.

Netizen juga memuji penampilan pelakon ‘Isteri Tuan Ehsan’ itu kelihatan lebih menawan biarpun kini sedang berbadan dua.Amyra Rosli juga nampak berseri dan kelihatan sangat cantik ketika ditemu bual Media Hiburan.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Amyra dan suaminya Amar Baharin semoga berada dalam keadaan baik.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera dekat sini.

Kami berharap Amyra dan anak di dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

IKLAN