Menanti detik kelahiran cahaya mata kelima, Datin Seri Nur Shahida akui bersalin merupakan satu proses yang amat sakit, namun diakhiri dengan senyuman.
Malah, ucapan syukur diucap sejurus selepas anak selamat dilahirkan.
Dalam pada itu, usahawan ini turut menerima dengan hati terbuka selepas alami keguguran awal Mei lalu.
“Tak sabar nak bersalin walaupun tahu nak bersalin tu sakit. Tapi lagi x sabar sebab sakit pinggang dan kaki selalu krem.
Ads
“Lagi 2-3 minggu Insya Allah sampai masa nya….kalau saya x gugur bulan puasa hari tu mesti dah twin dah baby dalam perut saya ni.
“Tapi mungkin Allah lebih tahu saya x mampu nak jaga sampai dua jadi dia ambil yg satu, kesimpulannya berbaik sangka lah dengan aturan Allah SWT,” tulisnya.
Shahida sebelum ini pernah mengalami keguguran salah seorang bayi kembar yang sedang dikandung selama beberapa minggu.
Reda dengan ketentuan Illahi kerana harapan untuk mempunyai cahaya mata kembar tidak kesampaian, Shahida dan Aliff bagaimanapun gembira kerana salah satu bayi dalam kandungan isteri dalam keadaan yang baik.
Ads
Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi video sedang menemani Shahida mengikuti sesi imbasan di sebuah klinik kesihatan baru-baru ini.
Untuk rekod, pasangan usahawan selebriti ini telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta menjaga seorang anak angkat.
Foto : Instagram Datin Seri Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir seminggu anak kedua meninggal dunia, penyanyi Nora Ariffin ada mengimbau kenangan arwah, Muhammad Syakir Alif ketika berusia 12 tahun.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu, kenangan bersama arwah ketika membuat persembahan masih segar dan mekar dalam ingatannya.
“Allahuakbar..Masih segar diingatan saya. Waktu ni Alif masih darjah 6, dia nak sangat perform utk majlis mama, habis sekolah terus rushing ke pelancaran majlis ni, sbb dia nk nyanyi lagu INSAN YANG MULIA, lagu baru frm Voices of Ummi, ciptaan Johan Nawawi.
“Habis sekolah…Arwah terus datang ke PC agak lambat sbb jam, tapi dlm kepenatan. Alif terus tukar baju, ambik mic terus nyanyi…,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nora juga turut memaklumkan arwah Alif ialah anak yang baik dan mempunyai sikap kesabaran yang tinggi.
“Tidak ada sepatah pun kata2 rungutan penat & sebagainya. Itulah passion & patience seorang anak yg bernama Alif Johan.
“Tenang lah anakku bersama papamu & org2 yg soleh. Mama ampunkan segala dosa Alif dunia akhirat. Al- fatihah Muhammad Syakir Alif 14/12/2019 #mamarindualif,” tulisnya lagi.
Melihat di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Nora untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan kehidupan.
Video: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebentar tadi, Neelofa ada membuat kenyataan rasmi berhubung iklan isu produk Nilofa Banana Milk yang didakwa mengelirukan hingga turut mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan.
Menerusi posting Jumaat lalu, KKM telah memuat naik satu posting di Facebook BKKM mengenai susu pisang hanya sekadar susu berperisa, bukan ubat yang mampu merawat sebarang penyakit.
Pada masa sama, BKKM turut menggesa pengguna supaya berwaspada dan jangan tertipu dengan iklan-iklan produk makanan seumpama itu.
SUSU PISANG adalah minuman susu berperisa pisang je🧐& Bukanya UBAT untuk merawat sebarang penyakit seperti dinyatakan…
Usahawan itu ada memberikan kenyataan menerusi IG TV di Instagram rasmi Nilofa HQ, memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku.
Malah, Neelofa turut mengakui pihak KKM ada melakukan tinjauan ke kilang bagi mendapatkan kepastian.
“Tentang isu yang menjadi tular di media sosial berkenaan ‘overclaim’ atau kandungan gula, saya nak jelaskan di sini, ketika awal bertemu dengan pihak kilang dan team, saya ada jelaskan.
“Saya kata, nak mahu buat produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan atau kesihatan. Maksudnya tak nak untuk merawat ke, menguruskan ke, mencantikkan ke, memutihkan ke… Saya tak mahu fokus kepada hal tersebut.
“Saya mahu posisikan produk saya sebagai suatu produk gaya hidup atau minuman harian. Sebab itulah tidak ada pun di kotak tentang kesihatan atau kecantikan.
“Pihak KKM juga sudah pun hadir ke kilang kami dan selepas mereka membuat segala penelitian, alhamdulillah apa yang kami perlu perbaiki ialah ‘packaging’ supaya ia diklasifikasikan sebagai susu berperisa pisang.
“Pihak kami juga sudah pun menghantar apa yang perlu untuk diperbetulkan dalam keluaran yang seterusnya,” katanya yang turut menjelaskan tiada tindakan yang diambil atas perkara terbabit.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi mengenai peringkat awal produk tersebut dikeluarkan.
“Saya juga ada berbincang dengan agensi pemasaran untuk melakukan penelitian di setiap tahap sebelum membuat sebarang pernyataan.
“Ia perlu mendapat kebenaran kami dan pihak kilang terlebih dulu bagi elakkan salah faham,” katanya yang turut menyentuh mengenai kandungan gula dalam produk minuman Nilofa.
Terdahulu, Dr. Amalina baru-baru ini juga ada menulis ciapan mempersoalkan tentang iklan produk yang menyenaraikan kebaikan susu terbabit pada iklan yang disiarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memey Suhaiza ada berkongsi suasana hening apabila mengetahui permata hati Abby Abadi, Muhammad Danial Firman dimaklumkan meninggal dunia selepas lebih 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Malah isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu turut menyifatkan betapa Abby dan suaminya, Faizal Zakaria sebagai ibu bapa yang cukup kuat.
Abby sekeluarga termasuk Memey dan Nornam sedang menunaikan umrah di tanah suci ketika ini.
”Smlm asar kami turun sama.. Berusaha mencari spot terbaik utk solat jemaah. Betul2 Lps je solat, mama tunjuk dpt mssge baby D tenat.
”Allah dlm hati masa tu dah berdebar2. Riak muka mama nmpk tenang tp byk terdiam, plan nk sentuh kaabah bersama tapi mummy ,dania ,baby pergi dulu, papa lead”, jelas Memey.
“Baby D, Dpt je sentuh kaabah mummy sungguh2 doa, sebut nama penuh baby D byk kali spya Allah beri keajaiban.
Kami semua syg baby D. Apatah lg mama abah yg setiap hari dtg jenguk n luang masa bersama. Lepas isyak, Dania dtg bilik, ckp…mummy baby danial dah meninggal.
”Tak tau nak reaksi apa waktu tu. Dlm kepala cuma fikir mama. Dania kata mama dlm bilik. Trs bersiap masuk bilik mama Abah. Mama kata baru lps pam susu,” tulisnya lagi.
Lalu, Memey turut berkongsi Abby tetap dengan rutinnya, pamkan susu buat anak tersayang.
“Baby D, sayangnya mama pada mu anak. Beberapa hari kerjakn umrah, mama tetap dgn rutin nya pam susu.
“Cari freezer sejuk beku utk tumpang susu utk bawa balik sebagai bekalanmu anak.
”Mummy peluk mama kuat2. Jatuh lah air mata kami sesama. Abah ditepi, mengalir juga air mata nya termasuk anak2. Suasana jadi hening.
“Mama ckp kita dah usaha mey. Benar, melihat kesungguhan mama n abah setia dgn rutinnya utk jenguk baby D wlpn dlm kesibukan.
”Tapi tetap lari2 utk luang juga masa bersamamu. Mummy papa tak berpeluang buat apa2. Mummy hanya sempat kirimkan susu mummy bila2 mama perlukan utk topup.
”Selebihnya mummy papa doa byk2. Tp Benar kata mama, kita dah usaha. Allah lebih sayangkan mu Anak syurga. Muhammad Danial Firman Faizal, Al-Fatihah.
”Terima kasih buat semua yg selalu sama2 doakan utk baby D,” tulis Memey panjang lebar sambil disusuli dengan pelbagai ucapan serta doa yang ditinggalkan buat Baby D oleh para peminat.
Terdahulu, Muhammad Danial Firman dilahirkan 27 September lalu dengan berat 535 gram.
Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.
Hasil perkahwinan terdahulu pula, bintang Gerak Khas itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.