Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.
Berita gembira tersebut diumumkan menerusi satu hantaran terkini mereka menerusi Instagram.
“I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.
“Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.
“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.
“Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulis Syed Saddiq pada ruang kapsyen.
Ads
Reaksi Peminat & Rakan Artis
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa yang baik serta meluahkan rasa gembira terhadap pengumuman tersebut.
Malah, ada di antara rakan artis yang turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan, antaranya:
Ads
“Alhamdulillah,” kongsi Siti Nurhaliza ringkas.
“I wanna cry,” respon Nora Danish.
“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke syurga, Bella sayang. Happy for you,” tulis Mira Filzah.
Ads
“May Allah SWT blessed and ease everything for you both today, tomorrow dan the days to come… amin,” respon Fazura pula.
Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif di Astro menerusi platform digital Astro mulai jam 2 petang.
Anda juga boleh menonton secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula jam 3.30 petang ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Setiap kali Ramadan tiba, kita pastinya akan sentiasa meletakkan harapan untuk melakukan yang terbaik, pelbagai perkara.
Tahun ini, portal makanan nombor satu di Malaysia, Rasa misalnya bersama Nu Ideaktiv, berusaha untuk mengatasi pencapaian mereka sebelum ini dan ia hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak.
“Pot of Hope” atau Harapan Dalam Rasa menjadi simbol kepada harapan setiap individu dalam Nu Ideaktiv untuk terus memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik.
Apabila semua harapan ini digabungkan, ia membentuk satu kekuatan besar yang menggerakkan pasukan ke arah kejayaan.
Melalui semangat kebersamaan dan kerjasama, Nu Ideaktiv dan Rasa berjaya mencapai pengagihan bubur lambuk terbanyak sebanyak 16,000 pek, sekali gus mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records!
Kisah ini membuktikan bahawa sesuatu yang biasa mampu menjadi luar biasa apabila dilakukan secara bersama.
Momen istimewa ini diabadikan menerusi iklan raya yang cukup besar maknanya.
Ia membawa mesej yang jelas iaitu apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita mampu mencapai sesuatu yang lebih besar, lebih bermakna, dan penuh harapan kerana “bila bersama, lagi jadi.”
Terdahulu pada 14 Mac lalu, Nu Ideaktiv Sdn Bhd secara rasmi dinobatkan sebagai pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak oleh Anggota Beruniform.”
Pengiktirafan berprestij ini dicapai menerusi penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, sebuah inisiatif komuniti berskala besar yang menyaksikan penyediaan serta pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Sijil rasmi Malaysia Book of Records tersebut disampaikan dalam satu majlis khas di Dataran Merdeka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, bersama Editor Pengurusan RASA, Puan Emma Masri, yang mewakili pasukan di sebalik kejayaan bersejarah ini.
Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf skala program yang luar biasa, malah menjadi bukti bagaimana sebuah jenama gaya hidup tempatan mampu mengangkat tradisi kulinari rakyat Malaysia menjadi sebuah pencapaian nasional yang membanggakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Selepaslapanminggumembuktikankemampuanserta mempamerkankualitisebagaipendakwahberkaliber, anak jati Sungai Petani, Anas, akhirnyadinobatkansebagaijuara sulung program realitidakwah, Mualim Muda, bulanlalu.
Kemenangantersebutmembolehkan Anas atau nama sebenarnya Anas Mokhtar membawapulanghadiahutamaberupa wang tunai RM30,000, trofi, kontrakdutaApcel Cafe dan Rocketfuel Entertainment, sertadilantiksebagaiduta Astro Oasis.
Bukancalang-calang, bapakepadaenamcahayamatainimemilikikelulusan Sarjana Pengajian Islam (Feqah) dari University Mu’tah, Jordan, selainberkhidmatsebagaimutawif yang menyebarkanilmu di Tanah Suci.
Dengan tagline ‘SebarkanIlmu, SemogaBermanfaat’, Anas membuktikankomitmennyabukansekadar kata-kata apabila berjayamenghafal 30 juzuk Al-Quran seawalusia 12 tahun!
Namun, di sebalikpencapaianakademik dan kejayaan di pentas televisyen, perjalananhidupnyaturutdiuji.
Anas pernah berdepan hakikat sukar apabila kehilangan tiga adik-beradik akibat talasemia.
Bagaimanapundalamusahamemperluasaksesilmu kepada masyarakat, diabangkitdenganmenghasilkan dua kitab talaqqiiaitu Kitab Tahsin Al-Quran dan Kitab Bahasa Arab Bil Quran.
Bergelar naib juaraMualim Muda Amar membuktikanbahawa jiwamudadenganvisi yang jelasmampumengubahtakdir kehidupan, disusulidoa dan usaha yang berterusan.
Amar merupakanlulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Universiti Hadhramaut, Yaman dan membawa tagline ‘Jiwa Muda, Misi Besar’.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga ialah pengasas dan CEO jenama penerbitan BeDaie.
Platform tersebutberkembangpesatsehinggabuku-buku terbitannyaterjual di 25 negara, termasukmempunyaicawangandi Indonesia dan Amerika Syarikat.
Lebih mengagumkan, Amar pernah berada di titik paling bawah apabila dikategorikan sebagai asnaf.
Kini, diabukansahajabergelarusahawanberjaya, malahpernah membayar zakat sehingga RM160,000, satusimbolikperubahan hidup yang luarbiasa!
Luqman yang mendudukitempatketiga pula dikenalidengan pendekatannya yang tenang dan sederhanadalammembahaskan sesuatuisu.
Merupakanlulusan Sarjana Pengajian Islam Syariah dari Darul Mustafa, Tarim, Yaman, Luqman kiniberkhidmatsebagai guru agama (Guru Takmir).
Tagline yang dibawanya adalah ‘Ilmu Disemai, Iman Dituai’, sekali gus mencerminkan prinsip perjuangannya.
Selain aktifmengajar di kelasilmu dan masjid, Luqman turut mengusahakansebuahrestoran di Negeri Sembilan.
Ruang belakangpremistersebutdijadikantempatmengajarilmu agama kepadapenduduksetempat, membuktikanbahawa dakwahtidakmemerlukan pentas besar, sebaliknyakonsistensi.
Sepanjangbergelarpendakwah, Luqman juga pernah membantu lebih 10 individumemeluk Islam, termasuksatukisah viral yang berlaku di sebuahpusatmembeli-belah.
Sementara itu, pemenang tempat keempat, Ashraf atau nama sebenarnya Muhammad Ashraf Abdul Rahman ini memiliki Diploma Bahasa Arab dari Markaz Nile, Mesir serta Ijazah Ulum Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Selain aktifsebagaimutawif, Ashraf juga ialahusahawan ternakanlembu. Minatnyadalamtaranumterserlahmelaluisuaramerdu yang mencuriperhatian.
Ashraf turut terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan termasuk jualan pakaian, barangan umrah dan pelaburan hartanah.
Di media sosial, diamempunyailebih 355,000 pengikut di TikTok, menjadikan platform tersebutsebagai medium dakwahdan perkongsianmengenaibisnes yang diusahakan.
SepanjanglapanminggusiaranMualim Muda sebelumini, para pesertadiadili oleh barisanjuritetapiaitu Kazim Elias, Kamilin Jamilin dan Neelofa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama berusaha memperbaiki hubungan, pelakon Nabila Huda merasakan dirinya kini telah memasuki fasa berserah apabila kemelut keluarga bersama bapanya yang juga penyanyi legenda, Amy Search didakwa masih belum berkesudahan.
Menurut Nabila, sudah tiba masa untuk bapanya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari jalan terbaik agar hubungan mereka kembali harmoni.
“Nak bercakap soal berbaik, saya rasa lebih baik tanya pihak di sana. Saya sudah banyak kali jawab pertanyaan ini tapi masih tiada jalan penyelesaian.
“Dia ketua keluarga dan juga seorang ayah. Mungkin dia yang harus selesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Gayong itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Together Gather anjuran Viu di KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam masa sama, Nabila turut mempersoalkan keputusan bapanya yang dilihat seakan sanggup membiarkan situasi ini terus berpanjangan.
“Kalau saya tak dapat jumpa anak saya sendiri, saya tidak boleh meneruskan kehidupan. Saya tidak akan rasa gembira dan akan melalak setiap hari kerana dia darah daging saya. Dia membesar dengan saya.
“Namun, saya tak tahu pula macam mana dengan papa. Mungkin dia juga merasakan hal yang sama cuma dia tak tahu nak buat macam mana. Come on la.
“Pada saya perasaan tersepit itu sudah ‘overrated’. Cubalah buat sesuatu pula. Namun, kalau tak boleh buat sesuatu, tak mengapalah. Saya reda dan tak mahu fikirkan sangat,” ujarnya lagi.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, meskipun perasaan rindu masih kuat, namun kini dia mahu memberi ruang kepada dirinya sendiri dan meneruskan kehidupan bersama keluarga kecilnya.
“Di bulan Ramadan ini, saya tidak ada rindukan sesiapa lagi. Saya kini mahu meneruskan kehidupan. Baru-baru ini, memang saya ada merindukan seseorang. Sebab itu saya muat naik hantaran di media sosial.
“Ada sesuatu yang buat saya trigger. Kini, saya sudah move on. Saya sudah penat nak bercakap berulang kali. Namun, saya juga manusia dan ada perasaan.
“Kalau saya rasa sedih, gembira atau marah, saya akan luahkan sahaja. Perasaan sedih itu kita tak boleh nak elak tapi ia akan berlaku sekali sahaja.
“Saya bukan nak meraih simpati, mencipta kontroversi atau sengaja buat orang sedih. Saya sudah lalui fasa itu dan tak perlukannya lagi. Saya gembira dengan hidup saya yang sederhana,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal bergandingan bersama pelakon Hun Haqeem menerusi drama terbaharu berjudul Cela yang akan ditayangkan di platform penstriman Viu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Nazifdin Nasrudin tampil mempertahankan karya sulungnya, Malaikat Malam, susulan kebimbangan segelintir pihak yang melihat filem itu berpotensi memberi pengaruh negatif kepada golongan muda.