Usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya kini telah disahkan positif Covid-19 dan harus menjalani tempoh kuarantin.
Menurut Hafiz, perkara tersebut membuatkan dirinya berasa sangat sedih kerana dia baru sahaja memasang niat untuk meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai #PositiveCovid19. PKP ni ingat nak spend time dengan family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya.
“Nah, bangun je pagi bila terima result dan terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya quarantine,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz bagaimanapun meluahkan rasa lega selepas hasil ujian menunjukkan isteri dan anaknya tidak dijangkiti wabak berkenaan.
Ads
“Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana-mana pun, Alhamdulilah result masih negative
“Last week saya dan keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini first day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative
“Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik dan bertenang,” katanya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Hafiz turut menyeru kepada orang ramai supaya menggunakan waktu yang terluang ini sebaiknya bersama keluarga di rumah.
“Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri dan insyaAllah sama sama kita repair perkara ni.
“Siapa yang masih sihat dan negative, jaga diri baik/baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dkt rumah. Doakan saya dan keluarga baik-baik tau,” katanya lagi.
Ads
Entri tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 150,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Hafiz dan keluarga.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Idayu yang kini mengesahkan dirinya hamil lima bulan selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shahrul Fadzil.
Bintang berusia 36 tahun itu turut mengharapkan agar pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat supaya tak mudah putus asa.
Berita gembira itu dimaklumkannya menerusi satu hantaran di Instagram.
Idayu atau nama sebenarnya, Farah Idayu Yaakob menerusi ruangan kapsyen antara lain turut bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.
“Syukur Alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan selepas melayari perkahwinan selama lebih enam tahun.
“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan inilah waktu yang paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari mendatang,” katanya.
Idayu yang juga juara program Akademi Fantasia Megastar turut memohon doa orang ramai semoga kehamilan dan proses melahirkan kelak dipermudahkan.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran.
“Insya Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei depan. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.
“Terima kasih juga kepada doktor serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian,” tulisnya.
Pasangan ini berkahwin pada Mei 2014 lalu.
Foto: Instagram Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas didapati positif Covid-19 sejak dua minggu lalu, pelakon, Harris Annuar sering berkongsi mengenai perkembangan terkininya di platform media sosial.
Terbaru, Harris meluahkan rasa terharu selepas kakaknya yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar ada menghantar makanan buat dirinya yang ketika ini sedang menjalani tempoh kuarantin.
Jelas Harris, dia amat berterima kasih kepada kakaknya itu kerana sanggup bersusah payah untuk menyediakan makanan kegemarannya.
“Okay mata masuk habuk jap, biar pun tak boleh jumpa tak boleh peluk lagi, thank you Kak Ya sebab tolong masakkan Khao Mok! I miss you so much @nadiaannuar !,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini turut mengakui berasa amat rindu dengan adik-beradiknya yang lain kerana tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat dirinya selama ini.
“And of course thank you jugak kat all my siblings yang tak henti henti bagikan kata kata semangat kat aboy during my tough time ni love you all tam tam @aymarnannuar, lalanya, abang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Harris dapat pulih dengan segera.
Terdahulu, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton ini telah didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada tanggal 3 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama rantaian berjudul Takdir Yang Tertulis yang mengangkat kisah konflik di dalam persahabatan dan rumah tangga nyata mendapat perhatian meluas penonton.
Masing-masing tidak sabar menantikan episod terbaru dan tidak kurang yang dibuai emosi saat menontonnya.
Penyanyi Kaka Azraff misalnya, turut meluahkan perasaan selepas menonton drama bersiri tersebut.
Malah, penyanyi lagu Karma (turut menampilkan Jaz) yang juga runut bunyi untuk drama 15 episod ini mengakui rasa emosi apabila menonton drama yang ditayangkan di slot Samarinda itu.
“Kenapa ada lipstick ni? U curang dengan siapa?” Mummy terbawak-bawak emosi cerita Takdir Yang Tertulis lakonan @nad.zainal @nazimothman @elvinamohamad @ladydidiemsia.
“Gila cerita tuu, baru episod 5 dah berjuta kali mummy nangis. Help mummy!,” tulisnya.
Kaka pada masa sama turut berkongsi perkembangan anak lelakinya itu bersama peminat di Instagram.
Haha. Btw, ini gambar latest Aslan. Dia so cute now!
“Character dia paling dia suka dance, suka lagu rap, suka jerit, suka panjat sana sini dah besar anak mummy.
“Semoga sentiasa di lindungi Nya, menjadi anak yang soleh, dan manusia yang berguna. My lil cub #AslanAdam,” tulisnya.
Drama Takdir Yang Tertulis dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan ramai lagi, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...