Aliff Syukri Balas Balik Komen Chef Wan

Kita rehat sekejap dengan kisah panas Aliff Aziz yang tengah tular sekarang. Sekarang kita beralih pula kepada seorang lagi Aliff iaitu Datuk Aliff Syukri terlajak laris.

Terdahulu, kecoh mengenai jutawan kosmetik ini memuat naik video dia dan keluarganya sedang makan di tepi jalan. Ketika kejadian, Aliff yang sedang bercuti dengan ahli keluarganya di negara Eropah.

Beliau dikatakan telah dihalau dari sebuah restoran mewah di sana kerana membawa makanan luar dan terpaksa makan bekalan makanan dari rumah tumpangan di tepi jalan. Video itu telah mendapat perhatian dari Chef terkenal, Chef Wan. Namun, Aliff telah membalas kenyataan tersebut disebabkan disana sukar untuk mendapatkan kedai makanan yang halal.

IKLAN

Aliff juga telah memuat naik sebuah gambarnya bersama keluarga makan di kedai Kebab, makan secara beradab khas buat Chef Wan dan netizen yang mengecam dirinya makan di tepi jalan.

Baca Juga ›  Chef Wan Tegur Datuk Aliff Syukri

IKLAN

Ramai yang kecam kata napa tak makan dekat hotel la senang, sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan-perkampungan indah di switzerland, jadi bila banyak-banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata-mata untuk makan.”

.

“Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula, jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama, tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama.”

.

“Buat idola saya dalam bidang masakan dato Chef Wan (i love cook and i always watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yg terbuka dan saya uploadkan khas untuk Dato Whef Wan ni kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia.”

.

“Cuma saya puji orang tempatan sana yang sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dengan kami dengan baik, orang malaysia di sana juga baik dan ramah,”ujarnya membalas kenyataan Chef Wan.

Baguslah Aliff menerima teguran Chef Wan dengan positif. Seronok rasanya bila tengok kemeriahan keluarga besar Dato Aliff dan Datin Shahida bercuti sakan di Eropah.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]