
Ruhainies, Risteena Asfan Shah, Syura Badron, Qistina Raisya, Zarina Zainuddin, Mark Adam antara selebriti terkenal yang bakal menyerikan Havoc Trio Festival 2025, penganjuran mega oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd.
Turut sama dijangka turun padang ialah Azza Elite, Daud Latah, Chef Ammar, Saharul Ridzwan, Vokey dan ramai lagi, menerusi acara yang akan berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025, bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, bermula dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari itu.
Havoc Trio Festival 2025 ialah sebuah festival tahunan yang menghimpunkan tiga segmen utama iaitu Year-End Sale, Food Festival
dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.Menampilkan lebih 300 vendor pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.
Menggabungkan semangat “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk berbelanja, menjamu selera dan berhibur dalam suasana festival rakyat yang penuh warna-warni.
Selain tawaran jualan akhir tahun, pengunjung turut akan menikmati promosi eksklusif, diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis, dan kejutan menarik setiap malam.
Buat pertama kalinya juga, festival ini turut memperkenalkan program Islamik yang mengetengahkan elemen kerohanian dan perpaduan ummah.
Antara program yang dijangka akan diadakan termasuk Malam Mahabbah, sesi kerohanian bersama pendakwah jemputan serta persembahan nasyid.
Ia diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana festival yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bernilai
rohani dan kekeluargaan.Dalam pada itu, kemunculan semula artis sensasi, Aliff Aziz, yang dijemput khas oleh pihak Havoc untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia pasti menjadi sorotan ramai.
Dato’ Firdaus Nadxaman, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) Havoc Event & Management Sdn. Bhd., menyifatkan penampilan Aliff sebagai satu bentuk inklusiviti dan semangat baharu dalam dunia hiburan.
“Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti, usahawan, vendor, pelancong dan keluarga.
“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun.
“Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar, serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung,” katanya.
Sementara itu, COO Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Faizul Mohd Yusof pula menjelaskan, dari segi teknikal dan perancangan, pasukan Havoc telah mempertingkatkan
struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung, dan kemudahan untuk usahawan serta pengunjung.“Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti dan keselesaan kepada semua lapisan masyarakat serta promosi besar-besaran yang Havoc bawakan,” katanya.
Selain persembahan artis, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian dan permainan rakyat yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat seisi keluarga.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.