Ruhainies, Risteena Asfan Shah, Syura Badron, Qistina Raisya, Zarina Zainuddin, Mark Adam antara selebriti terkenal yang bakal menyerikan Havoc Trio Festival 2025, penganjuran mega oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd.
Turut sama dijangka turun padang ialah Azza Elite, Daud Latah, Chef Ammar, Saharul Ridzwan, Vokey dan ramai lagi, menerusi acara yang akan berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025, bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, bermula dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari itu.
Havoc Trio Festival 2025 ialah sebuah festival tahunan yang menghimpunkan tiga segmen utama iaitu Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.
Menampilkan lebih 300 vendor pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.
Menggabungkan semangat “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk berbelanja, menjamu selera dan berhibur dalam suasana festival rakyat yang penuh warna-warni.
Selain tawaran jualan akhir tahun, pengunjung turut akan menikmati promosi eksklusif, diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis, dan kejutan menarik setiap malam.
Ads
Elemen Islamik & Kemunculan Istimewa Aliff Aziz
Buat pertama kalinya juga, festival ini turut memperkenalkan program Islamik yang mengetengahkan elemen kerohanian dan perpaduan ummah.
Antara program yang dijangka akan diadakan termasuk Malam Mahabbah, sesi kerohanian bersama pendakwah jemputan serta persembahan nasyid.
Ads
Ia diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana festival yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bernilai rohani dan kekeluargaan.
Dalam pada itu, kemunculan semula artis sensasi, Aliff Aziz, yang dijemput khas oleh pihak Havoc untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia pasti menjadi sorotan ramai.
Dato’ Firdaus Nadxaman, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) Havoc Event & Management Sdn. Bhd., menyifatkan penampilan Aliff sebagai satu bentuk inklusiviti dan semangat baharu dalam dunia hiburan.
“Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti, usahawan, vendor, pelancong dan keluarga.
Ads
“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun.
“Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar, serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung,” katanya.
Sementara itu, COO Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Faizul Mohd Yusof pula menjelaskan, dari segi teknikal dan perancangan, pasukan Havoc telah mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung, dan kemudahan untuk usahawan serta pengunjung.
“Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti dan keselesaan kepada semua lapisan masyarakat serta promosi besar-besaran yang Havoc bawakan,” katanya.
Selain persembahan artis, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian dan permainan rakyat yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat seisi keluarga.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi legenda, Dato’ Elaine Kang tetap nekad untuk meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) meskipun pernah meluahkan hasrat mahu menarik diri sebelum ini akibat masalah kesihatan.
Jelasnya, keputusan ini dibuat kerana tidak mahu menghampakan peminat yang sudah lama merindui kelibatnya di pentas besar.
“Saya buat keputusan untuk terus bertanding di GV12. Ya, saya degil. Namun, saya tetap kena dengar nasihat doktor dan perlu jujur tentang keadaan kesihatan saya.
“Oleh kerana peminat dan rakan-rakan media sayangkan saya, apa yang saya boleh bagi semula adalah dengan perdengarkan suara dan tampilkan persembahan terbaik. Itu yang paling utama sekali.
“Saya kena jaga kesihatan agar peminat boleh lihat saya lagi walaupun umur saya sudah 68 tahun. Jika ada rezeki, mereka boleh lihat sehingga bawah mata saya berkedut dan rambut memutih,” katanya kepada MH.
Elaine ditemui selepas berakhirnya konsert minggu ketiga GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.
Tambahnya lagi, pihak doktor sentiasa bersiap sedia memantau tahap kesihatannya sepanjang penglibatan dalam program tersebut.
“Saya harap tahap kesihatan saya akan terus berada dalam keadaan baik. Setiap minggu, memang ada doktor yang bersedia dan memantau keadaan saya.
“Sementara masih larat, doktor beri izin saya bertanding lagi. Namun, saya tak boleh terlalu agresif. Kata doktor, dia faham saya ini seorang penghibur dan suka berada di pentas.
“Doktor tak nak menghalang minat saya. Namun, dia akan pantau tahap kesihatan saya menerusi keadaan mata melalui skrin LED.
“Jika mata sama nampak penat, mereka akan berjaga-jaga,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai penyakit sebenar, Elaine memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak kerana enggan membuatkan peminat bimbang.
“Saya memang ada penyakit jantung dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Namun, saya tidak mahu dedahkan terlalu banyak kerana saya bimbang peminat akan risau dan sedih dengan keadaan saya.
“Jangan risau. Saya seorang yang bermotivasi tinggi, pejuang dan wanita yang berani,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Maafkan Diriku itu turut mengulas mengenai busana unik yang digayakan sepanjang tiga minggu bertanding.
“Peminat sudah lama tidak melihat saya. Rasanya sudah hampir 10 hingga 15 tahun. Lagipun, baju-baju ini bukan baharu. Ia sudah lama tidak dipakai.
“Bila saya pakai busana-busana seperti ini, saya nak peminat ingat persembahan saya. Minggu pertama, orang kata saya macam nak terbang. Minggu kedua, katanya macam bawang pula.
“Malam tadi, saya seperti burung dan gayakan tudung moden,” akhirinya.
Ahad lalu, Elaine mempersembahkan lagu dalam bahasa Kantonis bertajuk Soeng Hoi Tan nyanyian asal Frances Yip.
Konsert minggu ketiga GV12 itu juga menyaksikan tiada penyingkiran dan kesemua 13 peserta bakal berentap dalam cabaran duet minggu hadapan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Singapura, Iskandar Ismail berjaya mengungguli saingan minggu kedua program realiti, Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) dengan markah sebanyak 71.50%.
Malam tadi, Iskandar mempamerkan persembahan bertenaga mereka menerusi lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’sekaligus menerima komen positif para juri.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang penyanyi Nubhan dan Mendua dengan 67.75% dan 67.50%.
Sementara itu, tiga peserta berada di kedudukan terendah ialah Shy8, diikuti Mel Sakura dan Dato’ Elaine Kang.
Bagaimanapun, tiada penyingkiran diumumkan, sekaligus menyaksikan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketiga GV12.
Bertemakan ‘Sama Sama Naik’, berikut ialah kedudukan penuh markah keseluruhan minggu kedua GV12;
1. Iskandar Ismail – 71.50%
2. Nubhan – 67.75%
3. Mendua – 67.50%
4. Shae – 65.25%
5. Freshies – 65.00%
6. Mark Adam – 63.25%
7. Krisya – 63.25%
8. Rahmat Ekamatra – 62.75%
9. Ruri Repvblik – 62.75%
10. Korie – 59.50%
11. Shy8 – 59.50%
12. Mel Sakura – 56.00%
13. Dato’ Elaine Kang – 52.00%
Barisan 13 bintang Gegar Vaganza musim ini terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik, serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Singapura pula tampil menerusi penyertaan Iskandar Ismail.
Menambah kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam ‘GV-Verse’.
Tahun ini, GV12 masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri tetap.
Program yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam selama 12 minggu, GV12 dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Shila Amzah akhirnya menemukan kekuatan untuk menghasilkan lagu berjudul Sirna Hati, yang berkisarkan tentang fasa tersendiri dalam perhubungan pernah dialami sebelum ini.
Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, lagu tersebut turut mewakili suara serta perasaan setiap mangsa yang melalui pengalaman sama sepertinya.
“Pada saya, penderaan ini tidak hanya berlaku secara fizikal sahaja. Malah, ada juga penderaan dari segi mental dan kewangan.
“Mengapa saya menuliskan lagu Sirna Hati ini, ada kalanya suara mangsa ini tidak begitu didengari.
“Saya harapkan melalui lagu ini, ia dapat memberikan mereka kekuatan untuk bersuara dan tidak lagi kekal di dalam hubungan yang sebegitu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di showcase dan majlis pelancaran album terbaharunya, SA25, baru-baru ini.
Katanya lagi, lagu ini juga menjadi simbolik kepada kebangkitannya selepas melalui trauma mendalam sebelum ini.
“Dalam masa sama, lagu ini juga menunjukkan yang saya sudah berani dan tidak takut lagi dengan orang-orang yang seperti ini.
“Saya sudah luahkan segalanya di dalam lagu. Saya sudah tidak lagi merasai trauma itu,” ujarnya.
Sementara itu, Shila memaklumkan lagu Sirna Hati turut menerima sentuhan suaminya, Ubai, yang membantu dari segi idea dan penulisan lirik.
“Saya memang tak boleh nak menghabiskan penulisan lagu ini. Setiap kali saya tulis sesuatu, saya akan rasa sakit dan timbul perasaan tak suka.
“Kemudian, Ubai kata dia nak cuba habiskan lagu ini. Dia merupakan individu yang tahu segalanya tentang kehidupan saya. Jadi, dia bagi cadangan dari segi lirik dan susunan lagu.
“Lagu ini pada awalnya ada verse dan chorus sahaja. Saya pun agak terpinga-pinga bila Ubai nak bantu. Boleh ke dia? Ketika menulis, Ubai seperti jadi orang lain,” katanya.
Tambah Shila, lagu itu tidak dibuat dalam genre balada kerana enggan ia kedengaran terlalu sedih.
“Namun, saya tidak mahu lagu ini dibuat dalam genre balada. Nanti ia terdengar seperti sedih. Lagu ini lebih kepada peringatan bahawa saya tidak takut lagi.
“Siapa yang terasa itu, terasalah. Syukur lagu ini disukai oleh peminat,” kongsinya lagi.
Malah keseluruhan lagu dalam album terbaharunya adalah luahan paling jujur dalam perjalanan seni ibu kepada dua cahaya mata ini.
“Memang benar, album ini merupakan luahan paling jujur daripada saya. Sebelum ini, mungkin saya tidak berapa selesa untuk menulis lagu-lagu seperti ini.
“Jadi, apabila saya nak buat album SA25 ini, saya merasakan sudah tiba masanya saya luahkan segalanya. Saya tidak mahu bersembunyi lagi.
“Yang berlalu, biarkan berlalu. Namun, dalam masa sama, saya boleh move on juga. Ia seperti saya menulis diari,” akhirinya.
Album SA25 merupakan trajektori perjalanan Shila Amzah sebagai anak seni, memuatkan hampir 25 buah lagu dan kini boleh didengari di seluruh platform penstriman.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.