Bekas isteri kepada arwah Abam, Siti Norhidayah meluahkan rasa gembira apabila anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah mulai pandai berjalan.
Anak tunggal kepada Allahyarham pelawak yang disayangi ramai itu sudah mencecah usia lebih setahun.
Di samping itu, Hidayah mendoakan agar anaknya membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh.
“Moment my dear son Alhamdulillah, thanks to Allah. Hamzah already know how to walk. Falling and getting up is normal, learning process, Keep it up and you can do it.
Ads
“May God bless you and grow up to be a good child.Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar.. Aamin
Pelakon dan hos, Hanis Zalika ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang berkongsi satu resepi makanan sarapan pagi menerusi Instagram.
Berkongsi resipi mudah, Hanis turut mengakui mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.
“Siapa nak cuba resepi ni untuk breakfast? Blueberries kan selalu orang buat makan camtu je atau paling2 letak dalam yoghurt atau cake. Macam mana kita nak bagi seisi rumah makan blueberries setiap hari.
“I came up with this recipe and kitorang semua sangat sangat suka, nak makan setiap pagi! Senang nak buat and boleh simpan banyak. Pagi-pagi sapu je kat roti!
“If you’re like me jenis suka combination savoury (masin) & sweet (manis), akan terasa yummy yummy sangat dish ni. Kita namakan dia Cheesy Blueberry Garlic Spread! Hanis guna blueberries dari US Highbush Blueberries.
“So setiap hari ada tambahan vitamins & mineral intake untuk seisi keluarga! #USHighbushBlueberries
#YourBerryBestFriend
@littlebluedynamos,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah jenis kondominium bernilai kira-kira RM500,000 di Cheras, Kuala Lumpur kepada kedua ibu bapanya.
Jelas pengacara rancangan Gerak Geri Gasing itu, kejutan tersebut di luar pengetahuan mereka dan ia sebagai satu penghargaan atas kejayaan dalam hidupnya kini adalah kerana restu dan doa ibu bapa.
“Mereka tidak tahu dan kedatangan mereka dari Terengganu ke Kuala Lumpur adalah bagi memberi sokongan terhadap majlis pelancaran produk saya.
“Saya percaya rezeki yang saya kecapi adalah keberkatan doa mereka. Jadi, saya mahu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang menyokong serta menyayangi saya tanpa berbelah bahagi.
“Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.
“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.
Zoey ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada Jumaat lalu.
Melihat reaksi ibunya, Hajah Azizah Ibrahim yang kelihatan sebak selepas menerima kejutan, Zoey turut rasa sedih kerana impian sudah pun berjaya direalisasi.
“Bila lihatnya sebak, saya turut sama rasa terharu kerana sekurang-kurangnya cuba untuk buat hatinya gembira.
“Saya jarang berikan hadiah yang di luar jangkauan pada keluarga. Ini hadiah paling besar saya kepada mereka setakat ini,” katanya lagi.
Bintang ini turut mendedahkan, sepanjang lima tahun terbabit dalam dunia perniagaan, dia bergerak sendiri tanpa bantuan ahli keluarga.
“Sebenarnya, saya tak suka bekerja dengan ahli keluarga sebab kalau membabitkan mereka, saya kena jaga banyak perasaan dan saya takut tak bersikap profesional.
“Oleh sebab itu, saya lebih selesa bergerak sendiri menempuh cabaran sebagai ahli perniagaan.
“Sepanjang mengusahakan bisnes ini, semuanya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri menerusi bidang lakonan. Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini.
“Saya juga gembira jenama yang saya usahakan ini mendapat sambutan yang sangat baik di platform e-dagang Shopee dan ia juga bakal dijual di Watsons tidak lama lagi,” akhiri Zoey.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menyifatkan suaminya sudah menerima balasan di dunia menerusi hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penyanyi itu, baru-baru ini.
Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang Sayang dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.
Selepas dua minggu menjalani hukuman terbabit, Alif dibebaskan pada Ahad lalu.
Bella menjelaskan, biarpun ujian yang diterima Alif berat namun dia bangga dengan suaminya kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
“Tak semua orang berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya.
“Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut-mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama.
“Aliff sudah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.
“Dia pun tak lari daripada apa yang dah dia lakukan. Kes itu tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.
Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.
Dalam pada itu, Bella berkongsi mengenai jualan laksa di karnival itu dan bersyukur menerima sambutan yang amat mengalakkan selepas sudah lama tidak dapat turun padang untuk berniaga.
“Ini merupakan kali ketiga saya sertai karnival makanan Havoc. Sebenarnya saya seronok bila berniaga cuma buat masa sekarang tak ada perancangan nak besarkan lagi empayar perniagaan.
“Sebab saya masih ada adik yang bersekolah dan saya tak rasa yang saya ada masa untuk fokus bisnes buat masa sekarang. Tapi kalau ada lagi karnival macam ini, saya akan turut serta.
“Saya sangat gembira kerana karnival ini membantu saya menambah pendapatan. Respons yang diterima daripada pengunjung yang datang pun baik,” katanya.
Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengunjung yang hadir turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.