Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Kongsi Rizman, isternya Nurida Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pagi Selasa.
Di samping itu, Rizman turut mendedahkan nama dan wajah puteri sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa
Ads
“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..
“Amin amin ya rabbalalamin..Cc @nuridasuraya,” tulisnya.
Pereka fesyen yang cukup sinonim jenamanya di kalangan selebriti, Rizman Nordin telah pun memberikan dedikasi teristimewa buat isteri, Nurida Suraya bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik menerusi IG TV di Instagram, Rizman ada memuat naik satu video romantis yang merakamkan fasa perkahwinan mereka sehinggalah dikurniakan zuriat sulung.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas di ruangan kapsyen pada video berdurasi hampir empat minit itu.
Sementara itu, Nurida juga telah naik sekeping foto ketika hari pernikahan mereka menerusi platform sama.
Semalam, tular sebuah video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh seorang gadis yang dikatakan mirip anak penyanyi, Nora Ariffin yang didakwa bercumbu bersama seorang remaja lelaki di tempat awam.
Bagaimanapun, perkara tersebut telah pun diakui sendiri oleh Nora menerusi sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Nora, sebagai ibu dia telah melakukan yang terbaik namun menyifatkan terdapat juga beberapa hal di luar kemampuannya.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan, I admit, it is her.
“As a mother, we try to do our best to teach, guide and educate, plus beri apa yang terbaik dan termampu dalam capacity yang terbatas.
“But as human, we cannot run away from making mistakes. she’s young and she has many lessons to learn and a life to live. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan,” katanya.
Dalam pada itu, Nora turut berharap agar keluarganya itu diberi ruang untuk memperbetulkan keadaan tersebut.
“I pray that she learn her lessons, be a better person and move on. In Shaa Allah.
“And for everyone else, to give space and and peace for this moment.
“Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Nora dan seluruh ahli keluarganya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih ya Allah engkau beri peluang buatku untuk borak panjang bersama arwah @sandradianneofficial buat kali terakhir pada 29/8/2020 hari rehearsal minggu duet #bigstage2020.
“Sandra Dianne, rakan seperjuangan yang sama batch 2015 dengan Wani masa baru menapak dalam industri, banyak perform sama2 sebab nama kitaorang baru nak naik dimana orang tak kenal pun nama kami tapi kenal lagu je.. but we still hustling until now.
“Rezeki dia, bila Wani tahu dia masuk BS3 Wani dah target Sandra boleh be one of Big Stage 3 finalists because I trust her capabilities and talent.
“Minggu duet tu, turn Sandra banyak sebelum performance Wani. Every time dekat backstge, Wani perhati Sandra sangat2 nervous nak perform and sangat risau.. and that week, semua orang risau bila dia masuk bottom3.
“But she seems so calm that night when she knew she has given her best last performance,” tulisnya.
Wani pada masa sama turut menyatakan mereka sempat berkongsi cerita mengenai perkembangan kerjaya masing-masing.
“Walaupun dah lama tak berjumpa, dapat juga berkongsi cerita tentang awal2 karier kami dan PICC menjadi saksi kali terakhir kami berborak dan gelak sama2 sebelum beliau pergi buat selamanya.
“Tenanglah kau di sana @sandradianneofficial. You’re a great person. Tiada pengganti bernama Sandra dalam industri.
“Salam Takziah buat keluarga Sandra. Moga arwah ditempakan dikalangan orang beriman,” titipnya lagi.
Luahan sama turut dikongsikan bintang asal Sabah ini menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Sandra, 26, yang juga peserta Big Stage musim ketiga, dilapor meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.
Sandra yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Foto: Instagram Wani Kayrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.