Uncategorized

“Alhamdulillah, Tak Minta Apa Pun Cuma…,” – Ini Permintaan Usop Sempena Hari Lahirnya…

Share

Penyanyi, Usop menyambut hari lahirnya yang ke-21 hari ini.

Susulan itu, dia yang juga bekas peserta Mentor Millenia 2017 memuat naik entri di laman Instagramnya mengenai hasrat bersempena hari lahirnya itu.

“ALHAMDULILAH dah cukup 21 tahun. Usop tak mintak apa pun cuma doakan kerjayaan usop dan jangan lupa 26 hari bulan ni muzik video #akuyangbersalah akan keluar.

“Insyallah sama sama kita doakan yang terbaik aminnn. Happy Birthday Me #birthdayboy,” tulisnya.

Turut sama memberikan ucapan hari lahir kepada penyanyi itu adalah para peminatnya. Kebanyakan mendoakan kejayaan Usop serta memohon agar Usop kekal rendah diri walaupun sudah berjaya.

Dalam pada itu, Usop juga turut muat naik video ucapan hari lahir daripada rakan-rakannya, Ariff Bahran, Haqiem Rusli dan lain-lain.

“Thank you @ariffbahran @iamfareezfauzi @haqiemrusli98_ aku dah 21 tahun oii bukan 20 #ytjt,” tulisnya.

Alahai, untungnya Usop dapat rakan-rakan dan para peminat yang sentiasa menyokongnya, apa-apapun, selamat hari lahir Usop!

Foto/Instagram: Usop

IKLAN