“Alhamdulillah, Syukur…Tak Sangka Pula Ia Dimakbulkan”- Faye Kusairi Gembira Lihat Suami Dan Elly Mazlein Berdamai

Pelakon, Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta melahirkan rasa kesyukuran apabila doanya selama ini dimakbulkan.

Sering kali terpalit sama kerana mempertahankan suaminya apabila sering ‘disindir’ bekas isterinya, Elly Mazlein, Faye kini boleh menarik nafaz lega dan tersenyum gembira apabila melihat kedua-dua mereka berdamai.

“Assalamualaikum. Yang gelap pasti terang, Alhamdulillah…Syukur. Doa dan harapan kami termakbul akhirnya.

“Rasanya tak lama hari tu Faye ada post tentang “berdamai”. Tak sangka pula ianya dimakbulkan. Bersyukur sangat-sangat.

“Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat. Moga-moga tiada lagi salah faham.

“Jika ada, harap-harap mereka boleh berbincang dengan cara baik demi puteri tunggal ini. Terima kasih pada semua yg mendoakan kebaikan kami bersama. #doayangbaikbaiksahaja #goodvibesonly #staypositive,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Alhamdulillah, sempena bulan baik ini…tidak ada salahnya kalau kita bermaaf-maafan kan? MH harap kedua-dua keluarga ini dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Terdahulu, Elly ada berkongsi di Instagramnya apabila pasangan suami isteri itu datang melawat Elly dan anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah dua tahun.

IKLAN

Ternyata, Elly menyambut baik kedatangan kedua-dua mereka dan berharapkan dirinya mampu berubah ke arah kebaikan demi kebahagian orang tersayang.

Foto: Instagram Faye Kusairi