Pelakon Nas-T memanjatkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah pun menerima kutipan mencecah RM30 juta.
Perkongsian positif itu dikongsikan Nas-T atau nama sebenarnya,Nas Muammar Zar Nasruddin menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.
“Alhamdulillah! RM30Juta tercapai setelah 4 minggu #AirForceTheMovie ditayangkan! Terima kasih Malaysia & Singapore! Yang belum tengok, esok tiket murah, go go go,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah daripada para pengikutnya pada ruangan komen.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Ads
Selain Nas-T, ia turut menampilkan lakonan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui perasaannya bercampur baur apabila bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah.
Dina bakal menyampai lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Musrad itu di dalam saingan minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad depan.
Malah Dina turut dirakam tidak dapat menahan sebak menerusi segmen khas buat Allahyarham Adibah Noor sebelum keputusan diumumkan.
“Permulaan kami (bersama Siti Sarah) sama yang mana kami memperjuangkan muzik yang sama. Ada juga kisah yang agak sama.
“Allahyarham pun pernah melalui GV juga sebelum ini. Begitu juga dengan Adibah Noor.
“Wajah-wajah mereka terbayang… sebelum ini saya hadir sekadar menonton dan menyokong. Malah tahu bagaimana mereka stres bila terlibat dalam pertandingan.
“Tiba-tiba bila saya di sini (GV9), mereka pula yang tiada,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, Dina akui pernah mengalunkan lagu tersebut suatu ketika dahulu.
Terdahulu, Dina yang membuat persembahan menerusi lagu hitsnya, Cints Datang Lagi menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 83.80 peratus.
Jaclyn Victor unggul di tempat pertama dengan 88.40 peratus, diikuti Shila Amzah (85 peratus) dan Tomok (84.10) di tempat ketiga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Ayda Jebat tidak menolak peluang sekiranya ada penyanyi lain yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, dia juga mahu meneroka cabaran baru untuk berbuat demikian selepas pernah mencipta beberapa buah lagu yang dinyanyikan sendiri.
Antaranya Tak Bisa Lepas, Mana Ada Hati, Nakal Nakal Nakal, Parah Parah dan banyak lagi.
“Saya sering mencipta lagu dan lirik untuk saya nyanyikan sendiri. Kadang-kadang lagu itu dicipta bersama komposer lain, kadang-kadang saya menciptanya sendirian. Saya pernah juga mencipta lagu kempen untuk dinyanyikan oleh saya bersama penyanyi lain.
“Jika ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya, mungkin saya akan pertimbangkan. Tak salah untuk saya mencuba dan menambah ilmu. Saya sendiri mahu belajar banyak perkara dalam bidang muzik dan salah satunya menerusi cabang penciptaan lagu,” katanya.
Ayda, 30, ditemui di majlis pelancaran Malaysia Boleh bersama Milo di Dataran Merdeka ketika sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.
Baru saja melancarkan single baharu berjudul Kitalah Juara sempena sambutan Hari Malaysia, lagu terbabit dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.
“Lagu ini saya cipta dalam masa dua hari sahaja dan dibuat khas untuk Milo. Saya gembira dapat mencipta lagu ini kerana ia dapat menyerlah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan disampaikan oleh penyanyi berbeza bangsa.
“Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa.
“Sebagai penggemar MILO sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui,” katanya.
Terdahulu, kempen bulan kebangsaan anjuran MILO, #MalaysiaBolehBersamaMILO di Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia yang paling bertenaga.
Bermula hujung Ogos lalu, kempen berkenaan berjaya menyatupadukan rakyat di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO.
Pelepasan Larian Malaysia Boleh Bersama MILO telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara yang juga duta MILO® HI-FIBRE.
Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan pandangan serta luahannya susulan kes melibatkan bekas Perdana Menteri serta isterinya, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Aliff meminta agar tidak terlalu memberikan kritikan melampau kerana kita tidak tahu akan dugaan sendiri pada masa hadapan.
“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengkeji dan menghina melampau.
“Cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagi pun, dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” kongsinya.
Pengasas kosmetik ini memberikan coretan mengenai perkara itu di dalam sebuah perkongsian yang dibuat di Instagram.
Penyanyi Ingin Bahagia ini juga turut berkongsi pengalaman sendiri yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini.
“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah. Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu.
“Malah itu adalah momen yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya. Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.
“Saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka. Saya bukanlah penyokong tegar mereka dan bukan membenci mereka. Tetapi ambik sebagai iktibar buat kita,” tulisnya lagi.
Di samping itu, Aliff turut memberikan kata semangat buat Najib dan Rosmah selain memohon untuk tidak memberikan tekanan kepada pihak sepatutnya yang menjalankan tugas.
“Semoga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib mahkamah, hakim dan polis yang akan membuat tindakan.
“Kita janganlah menambahkan lagi tekanan kelada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain smpai kita terlupa nk hitung dosa kita sendiri.
“Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti.
“Kita tak pasti lagi nasib kita esok lusa bagai mana,” titip Aliff panjang lebar disusuli #islamituindah dan #allahsayangkita.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan menerima ribuan komen daripada pengguna Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.