Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa menjelaskan telah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa membabitkan dakwaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Neelofa, 32, hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kira-kira jam 10.50 pagi tadi ditemani suami Muhammad Haris Mohd Ismail, serta peguamnya.
Neelofa selesai memberikan keterangan pada jam 11.40 pagi.
Ads
“Pihak kami sudah berikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini.
“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.
Ads
“Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih,” katanya.
Ads
Terdahulu, beberapa keping foto yang memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah bekas hos MeleTOP itu di sebalik purdah menimbulkan persoalan di kalangan netizen ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan, Khamis lalu.
Foto: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dapat menyembunyikan kerisauan dan kesedihan, penyanyi dan pelakon, Azza Elite meluah rasa terhadap situasi peningkatan kes pandemik Covid-19 di negara ini.
Mengalirkan air mata kerana berita jangkitan wabak kian meningkat, Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 43, antara lain turut menyarankan agar pijak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ segera bagi mengekang penularan Covid-19.
“Hari ini adalah hari yang menakutkan.. dada berdebar bila baca kt social media. I Minta maaf kt semua Sb i Ada anxiety sgt teruk esp I ada pasal udara lah. Mcm mcm berlaku kt sekeliling.
“Ya Allah m so scared.. risau mak dgn ank kt kg. Kami terpisah. Selagi kerajaan x lock down kami Ada yg kena pg kerja, tolong lah.
“Kalau kerajaan lock down atleast kami duduk rumah x jumpa org. X jumpa sape sape 2 Atau 3 minggu. kita minta 2 atau 3 minggu je x lama pun. dulu kan kita pnh buat.. 0 case terus.
“Alhamdulillah! Pls kerajaan Mari lah cuba cara pkp 1 tu. Please. Kita berjaya masa tu,” tulisnya di Instagram.
Anggota kumpulan Elite ini pada masa sama turut memberikan dedikasi buat barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas.
“I speak up untuk semua yg mohon untuk lock down !!!! Kami Ada yg tpksa pg kerja Kalau kerajaan x buat lock down!!
“Kami org bawahan ni jaga semua dah sop .. kami sanggup ikat perut untuk kurang kan kes. Tolong lah kesian kt frontliners! Dia org pun Ada family!
“Saya bersama jutaan rakyat malaysia bersama frontliners. #barisanhadapannegara. Sahabat marilah kita bnyk kan berdoa agar Allah hapuskan covid ini . Mohon Agar Allah permudahkan.
“Jaga diri sesama kita. Abah yg kami kasihi. Do something pls, kami yakin abah mampu!,” tulisnya lagi.
Bekas madu kepada pelakon, Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh mendedahkan situasi ketika dia dan aktres berkenaan dipertemukan menerusi Melodi Raya, baru-baru ini.
Intan muncul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, menerusi segmen khas sempena Aidilfitri program hiburan berkenaan.
Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.
“Di sini, saya nak memperjelaskan keadaan yang terlihat dalam rakaman Melodi Raya. Pertama, saya menerima jemputan pihak mereka (Melodi Raya) atas dasar professionalisme.
“Saya ada dimaklumkan akan tajuk segmen yang diangkat oleh Melodi Raya iaitu Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, akan tetapi saya tidak dimaklumkan untuk ditemubual bersama-sama Izreen pada hari tersebut.
“Saya cuma dimaklumkan bahawasanya Izreen akan ada bersama di set Melodi Raya dan saya diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan.
“Saya bersetuju untuk keadaan itu, kerana setakat itu sahaja maka tiada masalah pada saya,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Intan pada masa sama berkata, dia sebelum itu turut bertanya, adakah akan dilakukan sesi untuk bermaaf-maafkan kerana sekiranya ada, dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
Mengikut pemahaman Intan juga, keberadaanya ke sesi rakaman tersebut hanyalah sekadar jemputan bukan, untuk ditemubual.
“Dan sebelum saya bersetuju, saya ada bertanyakan pada pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan? kerana seandainya ada, maka saya belum bersedia untuk itu.
“Saya diberitahu tidak akan ada sesi tersebut, dan sekadar datang sebagai jemputan.
“Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan dan bukan untuk ditemubual.
“Namun keadaan berubah apabila tiba di set rakaman. Saya dimaklumkan kerana perlu mematuhi SOP maka, set berubah, dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen tersebut.
“Atas dasar profesionalisme dan bagi tidak mahu mengganggu program rakaman yang sedang berjalan, maka saya terima aturan sesi temubual tersebut dalam keadaan tidak bersedia.
“Jadi apa yang terlihat dalam sesi temu bual tersebut adalah secara spontan bagi menjawab soalan yang diajukan,” katanya lagi.
Menyifatkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ibu tunggal ini mengakui ia tidak perlu disensasikan kerana dia bukanlah seorang selebriti.
“Buat masa sekarang biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.
“Hal ini pada saya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan, dan saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik.
“Biarlah masa yang memulihkan segalanya. Tak perlu lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini di masa hadapan.
“Saya harap dengan penjelasan ini akan merungkai persoalan yang berkaitan isu tersebut,” katanya.
Intan dan Ude sebelum ini bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar berkongsi perkhabaran duka apabila memaklumkan neneknya baru sahaja meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Nadhir, dia berasa sangat terkilan lebih-lebih lagi bila mengenangkan perasaan ibunya yang tidak berkesempatan untuk berada di sisi saat neneknya itu menghembuskan nafasnya yang terkahir.
Al-fatihah buat nenda aku yang pergi disebabkan Covid. Manusia pergi itu normal. Ibu pergi tidak bersama anak anaknya di sisi itu tidak normal. Kau takkan faham kalau kau tak laluinya sendiri. Semoga ibuku kuat. Jaga diri semua.
“Al-fatihah buat nenda aku yang pergi disebabkan Covid. Manusia pergi itu normal. Ibu pergi tidak bersama anak anaknya di sisi itu tidak normal.
“Kau takkan faham kalau kau tak laluinya sendiri. Semoga ibuku kuat. Jaga diri semua,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Projek: Anchor SPM itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di lama Twitter.
Dalam pada itu, Nadihir turut berharap agar ibunya itu diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
Katanya lagi, orang luar tidak akan pernah faham mengenai rasa sakit yang dirasai sehinggalah mereka merasainya sendiri.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berduka selain turut menitipkan doa semoga arwah neneknya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Takziah, semoga diberi kesabaran dalam menghadapi ujian dan moga arwah nenda tersayang ditempatkan dikalangan yang beruntung.
“Semoga nenda awak diampunkan dosanya dan diterima amalannya. Ameen ya Allah.
“100% true, hanya yang melaluinya sahaja yang akan memahami bagaimana peritnya rasa sebuah peninggalan atas asbab sebegini,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sumber: Twitter Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...